'Jom Sihat' ajak penduduk Melayu Pasir Ris & Punggol jalani gaya hidup sihat dengan kegiatan fizikal, bas mamogram
Anggaran Waktu Membaca:
- Untuk menggalak lebih ramai wanita Melayu menjalani ujian saringan barah payudara, inisiatif bas mamogram diadakan di kawasan kejiranan Pasir Ris-Punggol.
- Menurut Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional (NPHS) 2022, peratusan wanita Melayu yang menjalani mamogram ialah 21.5 peratus berbanding wanita India (43.9 peratus) dan Cina (39.5 peratus).
- Sepanjang 7 jam bas mamogram itu berlokasi di Kelab Masyarakat Pasir Ris East, seramai 25 wanita mendapat slot untuk melakukan ujian saringan berkenaan.
- Di bawah inisiatif 'Jom Sihat', kelas-kelas kesihatan seperti yoga, zumba berkerusi dan berjalan pantas akan diadakan setiap minggu bermula 11 Januari hingga 22 Februari 2025.
SINGAPURA: Untuk menggalak lebih ramai wanita Melayu menjalani ujian saringan barah payudara, inisiatif bas mamogram diadakan di kawasan kejiranan Pasir Ris-Punggol.
Dengan itu, mereka dapat melakukannya berdekatan dengan rumah mereka menerusi inisiatif bas 'MAMMOBUS' yang disediakan M³ @ Pasir Ris-Punggol pada Sabtu (25 Jan).
Usaha itu bagi menggalak dan meningkatkan kadar pengesanan awal barah payudara dalam masyarakat Melayu/Islam sekaligus bertujuan untuk meningkatkan kadar pemulihan bagi penyakit itu.
Menurut Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional (NPHS) 2022, peratusan wanita Melayu yang menjalani mamogram ialah 21.5 peratus berbanding wanita India (43.9 peratus) dan Cina (39.5 peratus).
TINGKATKAN KESEDARAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT
Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Sharael Taha yang hadir untuk menyokong usaha itu berharap langkah itu dapat meningkatkan lagi jumlah wanita Melayu yang melakukan saringan barah payudara.
Inisiatif yang dilancarkan pada 25 Januari di Kelab Masyarakat Pasir Ris East itu juga sebahagian daripada program kesihatan masyarakat "Jom Sihat" yang menggalakkan kesihatan fizikal dan mental.
"Untuk masyarakat kita, kadar saringan boleh diperbaiki lagi. Jadi melalui program-program ini yang juga digabungkan dengan inisiatif 'Jom Sihat', kita mengharapkan kadar saringan yang lebih baik untuk masyarakat.
"Kita membawa klinik atau (bas) saringan kepada masyarakat dan penduduk kita. Ia dapat mengurangkan lagi rasa keraguan penduduk untuk melakukan saringan awal," kata Encik Sharael.
Sepanjang 7 jam bas mamogram itu berlokasi di Kelab Masyarakat Pasir Ris East, seramai 25 wanita mendapat slot untuk melakukan ujian saringan berkenaan.
Acara itu juga menyediakan pelbagai kegiatan lain seperti kelas zumba berkerusi (chair zumba), sesi ceramah ‘Keeping Your Brain Active’ serta reruai-reruai berkaitan keselamatan siber.
Ini menurut pihak penganjur bagi memastikan program kesihatan yang lebih menyeluruh buat para penduduk.
"Melalui M³ @ Pasir Ris-Punggol, kita akan mengadakan lebih banyak lagi program seperti ini.
"'Jom Sihat' adalah satu program untuk kita menggalakkan senaman dan kegiatan kesihatan, bukan sahaja daripada segi fizikal dan senaman, juga dalam bahagian seperti saringan awal dan kehidupan yang lebih sihat," kongsi Encik Sharael.
PENDUDUK SAMBUT BAIK USAHA
Usaha sebegitu juga dialu-alukan penduduk untuk nikmati gaya hidup yang lebih sihat.
"Acara ini sangat bermanfaat untuk membantu meningkatkan kesedaran tentang kesihatan dalam kalangan penduduk.
"Ramai yang mungkin tidak tahu bertapa pentingnya pemeriksaan awal untuk mencegah atau mengesan barah payudara," kata Suzannah Shafiee, 45 tahun.
Beliau berharap lebih banyak acara seperti itu dapat diadakan pada masa akan datang.
Bagi Nurul Zafirah Md Zafrullah, 30 tahun pula, acara itu adalah peluang baik baginya untuk menggalakkan lebih ramai penduduk muda sepertinya untuk mengajak kawan-kawan dan juga keluarga untuk lebih aktif dalam acara-acara di kelab masyarakat.
INISIATIF 'JOM SIHAT'
Di bawah inisiatif 'Jom Sihat', kelas-kelas kesihatan seperti yoga, zumba berkerusi dan berjalan pantas akan diadakan setiap minggu bermula 11 Januari hingga 22 Februari 2025.
Ia merupakan hasil kerjasama antara M³ @ Pasir Ris-Punggol dengan kerjasama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC).
Selain itu, akan ada juga ceramah-ceramah berhubung topik-topik seperti kesedaran tentang keselamatan siber dan cara pemakanan yang sihat.
Pihak penganjur berharap lebih ramai penduduk dapat mengambil bahagian dalam program-program yang disesuaikan khas buat penduduk Pasir Ris-Punggol.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.