Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Johor harap S'pura padankan pemansuhan tol motosikal di Linkedua Tuas

Kerajaan Johor pada Sabtu (3 Nov) menyuarakan harapan agar Singapura memadankan langkah Malaysia dan memansuhkan tol bagi penunggang motosikal di Linkedua Tuas, menurut akhbar-akhbar seberang tambak.

Anggaran Waktu Membaca:
Johor harap S'pura padankan pemansuhan tol motosikal di Linkedua Tuas

Linkedua Tuas yang menghubungkan Singapura-Malaysia (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 03 Nov 2018 07:49PM Dikemas Kini : 03 Nov 2018 07:51PM

SINGAPURA: Kerajaan Johor pada Sabtu (3 Nov) menyuarakan harapan agar Singapura memadankan langkah Malaysia dan memansuhkan tol bagi penunggang motosikal di Linkedua Tuas, menurut akhbar-akhbar seberang tambak.

Pentadbiran Pakatan Harapan semasa membentangkan belanjawannya yang pertama mengumumkan bahawa penunggang motosikal yang memasuki dan keluar dari Malaysia menerusi Linkedua Tuas tidak perlu lagi membayar tol bermula 1 Januari hadapan.

"Kami yakin pemerintah Singapura akan turut sama, sepertimana apabila tol berdekatan Koswe Johor dimansuhkan," kata pengerusi jawatankuasa perdagangan antarabangsa, pelaburan dan kemudahan Johor, Jimmy Puah, seperti ditukil The Star.

Ribuan warga Malaysia bergerak dari Johor ke Singapura menerusi Koswe dan Linkedua kerana bekerja di sini.

"Rakyat Malaysia pasti berterima kasih atas tanda ihsan dari Singapura, sepertimana mereka gembira dengan keputusan kerajaan Malaysia (untuk mansuhkan tol)," kata Encik Puah, yang menambah bahawa kedua-dua negara bersetuju untuk saling memadankan sebarang keputusan berhubung pelaksanaan tol di kedua-dua pusat pemeriksaan.

Pada Februari, Singapura mengumumkan ia akan memandankan kadar tol di Linkedua Tuas bagi memadankannya dengan tol Malaysia yang juga dikurangkan.

Encik Puah percaya langkah ini akan menggalakkan lebih ramai penunggang motosikal untuk melalui jalan Linkedua dan mengurangkan kesesakan di Koswe.

"Ini juga memberi isyarat bahawa pihak pemerintah menghargai pengorbanan warga Malaysia yang bekerja di Singapura dan menggunakan motosikal," kongsi beliau kepada New Straits Times.

Semasa membentangkan belanjawan pada Jumaat, Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng juga mengumumkan pemansuhan tol motosikal di kedua-dua jambatan yang menghubungkan tanah besar negara itu dengan Pulau Pinang.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan