'JogetRobic' dan 'Piloxing' antara senaman popular dalam usaha sokong SG Lebih Sihat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bagi menggalak lebih ramai mulakan gaya hidup sihat, pelbagai kelas senaman diadakan di kelab-kelab masyarakat merata negara.
Wartawan Syawal Yusof kenali dua bentuk senaman yang kian popular dan ditawarkan di bawah usaha menyokong SG Lebih Sihat.
Antaranya ialah 'JogetRobic' iaitu antara bentuk senaman yang semakin mendapat perhatian ramai.
Sepanjang sejam, para peserta bersenam dengan gerakan tarian menggunakan 14 lagu-lagu Melayu, Indonesia, Dangdut, lama dan baharu.
Menggabungkan elemen muzik Melayu dan gerak tari yang lincah, pengasasnya Cik Safiati Permadi, 51 tahun mendapat ilham untuk reka sesuatu yang dapat menarik golongan ibu, khususnya warga emas untuk kekal aktif.
"Kita mahu mencuba memberikan kesempatan untuk ibu-ibu, makcik-makcik, kakak-kakak yang kadang-kadang malu sedikit mahu keluar rumah. Dengan lagu-lagu 'JogetRobic' paling sedikit kami berikan mereka rasa 'seperti di rumah'. Jadi lagu-lagunya sesuai untuk digunakan semasa menari dan juga boleh menyanyi bersama," kata Cik Safiati, yang juga ibu seorang anak.
'JOGETROBIC' GUNAKAN LAGU MELAYU POP, MALAR SEGAR UNTUK TARIK MINAT GOLONGAN WARGA EMAS
Usahanya itu kian berhasil kerana jumlah peserta sudah meningkat lebih tiga kali ganda (daripada 50 hingga 170) sejak ditubuhkan pada Oktober 2022.
Bahkan, pesertanya juga ada yang mencecah 80-an tahun dan berbilang kaum.
"Ternyata bukan cuma ibu-ibu atau kakak-kakak Melayu tapi semua penduduk juga suka. Kaum lelaki dan kanak-kanak juga suka," tambahnya.
Lebih sedekad yang lalu, sebuah aktiviti serupa dipanggil 'KebayaRobic' pernah popular di kalangan masyarakat Melayu.
Namun, apakah perbezaan di antara dua senaman itu?
"Hampir sama cuma 'KebayaRobic' lebih perlahan sedikit. JogetRobic itu lebih 'hype' sedikit. Manfaatnya adalah untuk menyatukan ramai orang bersama, tapi dalam cara yang boleh mendapatkan kecergasan senaman supaya mereka kekal aktif. Dahulu kita mula dari dua kali (sesi) sebulan. Sekarang kita kembali ke seminggu sekali," jelas Cik Safiati, yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman sebagai jurulatih senaman.
Buat masa ini ia diadakan di Kelab Masyarakat Tampines East setiap hari Ahad dan merupakan satu-satunya kumpulan di Singapura yang menawarkan senaman begini.
Dalam usaha untuk menarik golongan muda juga, Cik Safiati cuba memuatkan lagu-lagu yang popular di TikTok.
Beliau berharap agar dapat memperluaskan programnya itu ke lebih banyak kawasan.
KENCING MANIS TIDAK HALANG RASIDAH MOHAMAD KHALID JADI JURULATIH 'PILOXING'
Selain 'JogetRobic', senaman yang menggabungkan elemen Pilate dan 'boxing' juga semakin popular.
Pelbagai manfaat senaman ini menarik peserta seperti Cik Rasidah Mohamad Khalid, 46 tahun sehingga beliau sendiri menjadi jurulatih 'Piloxing'.
"'Piloxing' ini kalau kita tengok faedahnya, kebaikannya kardiovaskular, untuk jantung dan juga untuk tenaga, beri lebih tenaga. Bila kita bersenam, kita banyak 'hormon gembira'. 'Hormon gembira' yang datang. Jadi ini baik untuk fizikal dan juga untuk mental," kata Cik Rasidah.
Beliau menambah, setiap elemen senaman dalam 'Piloxing' juga mempunyai kelebihannya sendiri.
"Jadi 'boxing' itu kita gunakan tenaga, fokusnya dengan 'power' kan. Itu kita akan naikkan intensiti jadi nadi itu akan laju. Selepas itu kita sudah penat sedikit, jadi kita gunakan 'pilate' sebagai pemulihan aktif. Yang bagusnya 'pilate' ini ia memanjangkan badan kita, tulang belakang kita, postur kita dan ini akan menolong warga emas, dan orang biasa pun, mereka akan belajar macam mana pernafasan dan memperbetulkan postur," tambahnya, yang mempunyai tiga cahaya mata berusia antara 15 hingga 20 tahun.
Penyakit kencing manis yang dihidapinya tidak menjadi penghalang untuk dirinya kekal aktif.
"(Bagi saya) Piloxing menurunkan gula saya, menurunkan berat badan dan menguatkan badan saya," tambahnya.
Menerusi senaman juga, bekas jururawat itu yang berat badannya dahulu sebanyak 90 kilogram berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 30 kilogram dalam masa tiga tahun!
Sebagai jurulatih sepenuh masa, Cik Rasidah kini mahu menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui 'Piloxing'.
'JogetRobic' dan 'Piloxing' ialah antara sesi senaman yang ditawarkan di 108 kelab masyarakat dalam usaha menyokong inisiatif SG Lebih Sihat.
Orang ramai boleh dapatkan butiran sesi senaman sebegitu di www.onepa.gov.sg.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.