JKJU dampingi rekod lebih 14,000 keluarga Melayu/Islam Ramadan ini
Anggaran Waktu Membaca:
INGAPURA: Lebih 14,000 keluarga Melayu/Islam menerima manfaat daripada usaha jangkauan kesihatan komuniti terbesar pada Ramadan ini.
Inisiatif tersebut dilaksanakan hasil kerjasama lebih 90 rakan Jaga Kesihatan, Jaga Ummah (JKJU) yang berganding bahu di seluruh negara.
Kementerian Kesihatan (MOH) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) bekerjasama dengan rakan masyarakat JKJU di bawah bidang tumpuan kelima (FA5) M³ untuk menggalak tabiat kesihatan lebih baik.
14,000 KELUARGA MELAYU/ISLAM TERIMA PEK BARANGAN DAPUR LEBIH SIHAT
Tahun ini, lebih 14,000 keluarga Melayu/Islam menerima pek barangan dapur sempena Ramadan.
Jumlah penerima manfaat itu 800 lebih tinggi berbanding edisi tahun lalu.
Pengagihan yang berlangsung dari Februari hingga Mac 2026 itu turut diperluaskan ke lebih banyak kawasan kejiranan.
Tahun ini, ia meliputi lebih 100 lokasi merata Singapura, sekitar 40 peratus lebih banyak berbanding tahun lalu.

Misalnya, Menteri Negara bagi Pembangunan Digital dan Penerangan merangkap Kesihatan, Cik Rahayu Mahzam turun padang ke Kelab Masyarakat Hong Kah North untuk mengagihkan pek barangan dapur kepada 300 keluarga pada Sabtu (7 Mac).
"Apa yang kita mahu lakukan adalah untuk memberi sokongan kepada masyarakat terus kekal sihat kekal aktif dan kita perlu bekerjasama dengan rakan kongsi kita untuk menjangkau masyarakat," kata Cik Rahayu.
Setiap pek barangan dapur mengandungi produk makanan yang menggalakkan pemakanan lebih sihat dan memaparkan Simbol Pilihan Lebih Sihat.
Para penerima manfaat antara lain mendapat barangan dapur seperti minyak masak lebih sihat, beras perang, bihun beras perang serta minuman rendah gula.
"Pek barangan ini memudahkan saya menyediakan pemakanan yang sihat untuk keluarga, kerana biasanya kita tidak tahu apa yang sihat untuk dimakan," kata salah seorang penerima, Siti Humairah Khalid.
Usaha itu diharap dapat membantu keluarga mengurangkan pengambilan gula serta membuat pilihan pemakanan yang lebih baik.
Sekitar 10,200 keluarga telah mengambil pek barangan dapur masing-masing di lebih 100 lokasi di seluruh Singapura setakat Sabtu (7 Mac).

PROGRAM JKJU DILUASKAN
Selain pengagihan pek barangan dapur, rakan komuniti JKJU dengan sokongan HPB turut menganjurkan lebih 40 kegiatan promosi kesihatan sepanjang tempoh pengagihan tersebut.
Jumlah itu meningkat hampir 40 peratus berbanding tahun lalu, sekali gus memperkukuh kesedaran serta penglibatan masyarakat terhadap penjagaan kesihatan pencegahan.
JKJU antara lain menganjurkan ceramah kesihatan, bengkel dan reruai interaktif merangkumi topik kesihatan.
Ia termasuk penuaan sihat, pemakanan untuk menangani isu berkaitan obesiti, serta kepentingan menjalani saringan kesihatan secara berkala.
Cik Rahayu berkata: "Kita dapat melaksanakan program program yang bersesuaian dengan masyarakat Melayu Islam mungkin menggunakan bahasa Melayu dan mengetahui rakan-rakan kongsi yang kita dapat bekerjasama."
"Dengan itu kita dapat menyesuaikan program-program kepada penduduk dan kita dapat juga meningkatkan skalanya," tambah beliau.
Setakat Sabtu (7 Mac), JKJU sudah mendampingi lebih 3,200 keluarga mengenai gaya hidup sihat dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjalani saringan kesihatan secara berkala.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.