'Jiwa saya sudah mati': Pesalah utama kes rogol kongsi isteri gagal dalam rayuan ringankan hukuman
Anggaran Waktu Membaca:
!['Jiwa saya sudah mati': Pesalah utama kes rogol kongsi isteri gagal dalam rayuan ringankan hukuman 'Jiwa saya sudah mati': Pesalah utama kes rogol kongsi isteri gagal dalam rayuan ringankan hukuman](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--LANDmf0V--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/berita-migration/supreme-court_7.jpg?itok=2AnOsvPe)
Mahkamah Tinggi di Singapura. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Pesalah utama dalam satu siri kes rogol kongsi isteri mengemukakan rayuan agar hukumannya diringankan pada Rabu (17 Jan), sambil memberitahu mahkamah agung bahawa "jiwanya sudah mati".
Dia bagaimanapun mengakui bahawa dia tidak tahu apakah hukuman yang ingin diminta.
Lelaki tersebut juga menyerahkan beberapa pucuk surat yang ditulis oleh ibu dan saudara perempuannya yang hadir di mahkamah. Mereka merayu bagi pihak lelaki itu supaya hukumannya diringankan dan menyatakan bahawa dia baik dengan keluarganya.
Ini bagaimanpun tidak mempengaruhi keputusan tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipimpin oleh Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon. Mereka menolak rayuannya dalam masa sejam sahaja, dengan mengatakan bahawa, hakim yang menjatuhkan hukuman itu sudah meringankan hukuman tertuduh.
"Ini adalah satu kes yang dahsyat," kata ketua hakim negara itu.
Bercakap kepada tertuduh, beliau menambah: "Saya tahu perasaan anda remuk. Saya tahu anda berada dalam penjara dan anda menyalahkan diri anda dan membenci diri anda dan sebagainya, tetapi anda mesti berdepan dengan apa yang telah anda lakukan dan anda perlu mencari jawapan kepadanya."
Lelaki warga Singapura berusia 42 tahun itu dijatuhi hukuman penjara selama 29 tahun dan dikenakan 24 sebatan rotan bulan lalu kerana berkomplot dengan lima lelaki dengan menyebabkan isterinya tidak sedarkan diri lalu merogol wanita itu. Ini berlaku dalam tempoh lapan tahun.
Lelaki terbabit, yang dikenal pasti sebagai J bagi melindungi identiti mangsa, juga berkomplot dengan dua lelaki untuk merogol isteri serta bekas isteri mereka.
J bertemu dengan enam rakan subahatnya seawal 2010, di forum bertema seks Sammyboy dan platform lain bagi fantasi kongsi isteri.
Sebulan selepas dia dijatuhi hukuman, J mendakwa bahawa isterinya - mangsa utama dalam kes berkenaan - mahu dia meminta hukuman yang lebih ringan, dan dia tidak boleh diwakili oleh peguam pembela pada ketika dia mengaku bersalah.
Kesemua pihak dalam kes tersebut tidak boleh didedahkan namanya di bawah perintah mahkamah demi melindungi identiti mangsa.
"SEORANG ANAK LELAKI YANG BAIK": IBU
Pada Rabu, J sekali lagi meminta lebih banyak masa untuk mendapatkan khidmat peguam bagi menyemak semula penyerahan rayuannya.
Para hakim - yang terdiri daripada Hakim Belinda Ang dan Woo Bih Li – akhirnya berkata bahawa perbuatan tersebut sia-sia sahaja. Pejabat Pembela Awam itu menolak permohonannya untuk mendapatkan seorang peguam pro bono, sementara ibunya menyatakan dalam surat beliau kepada mahkamah tersebut bahawa mereka tidak mampu mendapatkan khidmat seorang peguam .
Dia sebelum ini mempunyai dua kumpulan peguam tetapi mereka menamatkan khidmat mereka sebelum dia mengaku bersalah.
Dalam surat tersebut, ibu lelaki berkenaan menyatakan dalam bahasa Mandarin bahawa keluarganya menyuarakan harapan agar dia dapat disatukan semula dengan mereka tidak lama lagi, dan bahawa lelaki itu bekerja bertungkus-lumus demi menyokong anak-anaknya.
"Dia seorang yang taat kepada ibu bapa, sangat menghormati dan seorang anak lelaki yang baik ... Isterinya kadang-kala naik berang dengannya, dan semua ini, saya pandang serius. Dia tidak mempunyai wang yang mencukupi bagi semua perbelanjaan tetapi dia tidak meminta satu sen pun daripada kami," tulis ibu tersebut.
'SUDAH MUSNAHKAN KEHIDUPAN SAYA'
Lelaki terbabit juga membaca rayuan yang dikemukakannya kepada mahkamah itu, yang terdiri daripada hujah peribadi dan teknikal.
Dia bermula dengan menyatakan bahawa sudah empat tahun dan dua minggu sejak dia diberkas dan dipenjarakan, serta hampir 13 tahun sejak dia melakukan kesalahan pertama itu.
"Hukuman tersebut, yang sudah dikenakan ke atas diri saya sudah memusnahkan kehidupan saya," tambahnya.
"Saya sudah memberitahu kaunselor saya dalam penjara dan ahli psikologi saya - jiwa saya sudah mati. Apa yang tinggal hanya sekadar jiwa yang kosong. Saya sedang cuba sedaya-upaya untuk menenangkan diri agar saya dapat mengawal perasaan saya di mahkamah hari ini."
MARUAH MANGSA SEBAGAI MANUSIA DIRAGUT
Sebagai respons, Ketua Hakim Negara Menon memberitahunya bahawa mahkamah sudah menilai tahap teruk kesalahannya serta mematuhi prinsip dan kebiasaan dalam menjatuhkan hukuman.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.