Jimat kos & pupuk semangat kebersamaan dorong Masjid Khalid terus masak sendiri bubur Ramadan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seawal jam 6.00 pagi lagi, para relawan masjid ini sudah mula menyingsing lengan untuk menyiapkan bahan-bahan untuk masak 'bubur masjid'.
Semangat gotong-royong beginilah yang mahu digalak Lembaga Pentadbir Masjid (LPM) Masjid Khalid.
Oleh kerana itulah, pihak masjid tidak menggunakan khidmat syarikat katering.
Dengan memasak bubur ini sendiri, pihak masjid dapat menjimatkan kos perbelanjaan sebanyak 50 peratus.
Menurut Pengerusi Masjid Khalid, Alla'udin Mohamed: "Kalau kos (masak sendiri) memang murah. Jauh lebih murah. Kalau kita masak untuk 1 orang punya makan kurang S$1 tapi kalau kita menempah memang lebih S$1. Paling kurang pun S$2 untuk seorang. Saya perlu 2,000 paket bubur, diagih separuh, dan yang baki untuk berbuka puasa. Jadi kalau saya belanja S$2 untuk 2,000 paket bubur, kurang lebih S$4,000. Kalau 30 hari, dah boleh menelan belanja lebih S$100,000. Jadi kalau saya masak sendiri, saya dapat menjimat 50 peratus daripada saya menempah."

Semangat kebersamaan ini juga yang mendorong relawan seperti Encik Ismail Minhat untuk menyumbang waktu dan keringat di dapur Masjid Khalid.
Suasana meriah bergotong-royong membuatkannya tidak jemu menjadi 'tukang masak' lebih 30 tahun di masjid itu.
"Sekarang gotong-royong dah kurang. Nak cari pengganti, pelapis susah. Masak ini bukan main-main. Bukan setakat masak saja. Kita mesti tahu pergi pasar, beli barang, barang kita macam mana. Betul ke tak betul. Kita kena tengok. Masak kena sabar. Nak kena gembira. Tak boleh marah-marah. Kalau marah, bubur pun ikut kita. Benda itu tak jadi, tak bagus," kongsi Encik Ismail kepada wartawan Nur Arina Ahmad Anis.
Bagi menyediakan hampir 2,000 bungkus bubur setiap hari, lebih 50 kilogram beras dan kacang dhal digunakan.
Ia mengambil masa selama 5 jam untuk dimasak dan dibungkus.

Masjid Khalid akan kemudian mengagihkannya kepada para jemaah selepas solat Asar.
Suasana pengagihan 'bubur masjid' juga memaparkan semangat memberi, ukhuwah dan juga kemesraan di masjid.
"Ada kalinya, orang kita pandang pekerja asing yang rendah ini kurang lebih. Jadi bila dia bekerjasama, silaturahimnya lebih kuat dan dia dah tak pandang sama ada dia warga Bangladesh ke atau India, Melayu ke Jawa, itu satu perkara yang susah nak capai zaman ini. Semua orang bersendiri. Semua orang eksklusif. Itu salah satu kewajipan saya dan itulah saya punya prinsip daripada dulu dan orang-orang yang bergotong-royong. Anda tak boleh ketepikan orang-orang yang bukan macam kita, tapi bersama." ujar Encik Alla'udin.
SANGGUP BERATUR PANJANG UNTUK DAPATKAN BUBUR
Resipi turun-temurun yang dikekalkan ini juga menjadikan bubur Masjid Khalid antara yang dinanti-nantikan masyarakat setibanya bulan Ramadan.
Ada juga yang sanggup datang dari jauh dan beratur panjang bagi mendapatkannya.
Antaranya ialah Encik Sjahrial Inyar, 71 tahun yang datang untuk mengambil bubur masjid di Masjid Khalid setiap hari sepanjang bulan Ramadan.
"Pakcik memang gemar ambil bubur kerana bubur di sini, masakannya lain rasanya daripada yang lain. Bubur ini terbaik," seloroh Haji Sjahrial Inyar.
Hal sedemikian turut diakui oleh lagi seorang jemaah yang mengambil bubur masjid itu.
"Bubur masjid ini satu-satunya bubur yang kira yang sedap sekali. Dah berapa tahun pakcik memang ambil. Tak banyak sikit, ambil berkat," kata Encik Hashim Mohd Noor.
Dalam masa kurang setengah jam sahaja, kesemua lebih 1,000 bungkus bubur habis diagihkan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.