Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jimat 15% jika pesakit kencing manis jalani pemeriksaan rutin, jagaan kesihatan diurus ahli farmasi

Mereka juga didapati kurang perlu dimasukkan ke hospital.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Apr 2018 08:25PM Dikemas Kini : 20 Apr 2018 10:46PM

SINGAPURA: Satu kajian Universiti Nasional Singapura (NUS) menunjukkan bahawa para pesakit kencing manis boleh menjimatkan kos sebanyak 15 peratus, jika penjagaan kesihatan mereka diuruskan oleh ahli farmasi dan mereka juga menjalani pemeriksaan rutin.

Mereka juga didapati kurang perlu dimasukkan ke hospital.

"Kajian itu mendapati para pesakit kencing manis Jenis 2 yang kerap berjumpa ahli farmasi dapat mengawal lebih baik kadar gula darah, tekanan darah serta kolesterol mereka.

Lantaran itu mereka dapat mengurangkan belanja perubatan kerana kurang perlu berjumpa doktor.

Dalam kalangan pesakit kencing manis Jenis 2 yang mengalami masalah jantung dan angin ahmar pula, kemungkinan mereka perlu dimasukkan ke hospital adalah tiga kali ganda lebih rendah berbanding mereka yang tidak menyertai khidmat jagaan oleh ahli-ahli farmasi.

Kajian itu juga mendapati bahawa kaunseling serta pantauan oleh ahli-ahli farmasi terlatih sudah dapat meningkatkan mutu khidmat jagaan pesakit serta mengurangkan beban kerja para doktor.  

Sumber : CNA/NT/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan