Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Jika saya tidak bantu, saya akan kesal': 10 individu diiktiraf, bantu mangsa serangan di Beach Road

Pada Jumaat, 15 Apr, Encik Lim Chee Kong, seorang tukang masak di sebuah restoran di Beach Road sedang merokok di luar restoran tersebut apabila terdengar suara orang meminta tolong.

Anggaran Waktu Membaca:
'Jika saya tidak bantu, saya akan kesal': 10 individu diiktiraf, bantu mangsa serangan di Beach Road

Para anggota masyarakat pada 18 April 2022 menerima anugerah atas semangat kemasyarakatan awam yang ditonjolkan. (Gambar: Jeremy Long/CNA)

Diterbitkan : 18 Apr 2022 11:00PM Dikemas Kini : 18 Apr 2022 11:00PM

SINGAPORE: Pada Jumaat, 15 Apr, Encik Lim Chee Kong, seorang tukang masak di sebuah restoran di Beach Road sedang merokok di luar restoran tersebut apabila terdengar suara orang meminta tolong.

Alangkah terkejutnya apabila dia ternampak seorang lelaki dengan kejam menyerang seorang wanita di lorong belakang Liang Seah Street.

Walaupun Encik Lim tidak mempunyai sebarang senjata, dia segera berlari ke arah mereka sambil menjerit kepada penyerang itu supaya berhenti.

“Tetapi kemudian (dia datang ke arah saya) seperti hendak mencederakan saya, jadi saya berundur dan terus menjerit,” kata warga Malaysia berusia 55 tahun itu, yang bekerja di Restoran Hua Chu.

Mendengar keadaan riuh rendah itu, pekerja dari sebuah restoran berdekatan juga keluar untuk menghulurkan bantuan.

Mereka membaling apa sahaja yang mereka temui ke arah penyerang itu. Tindakan mereka itu dirakam dan menjadi tular di media sosial.

Encik Lim dan pekerja restoran itu adalah antara 10 orang yang menerima Anugerah Semangat Kemasyaratan Awam daripada polis pada Isnin (18 Apr) kerana membantu menghalang penyerang tersebut daripada menyebabkan kecederaan lebih lanjut kepada mangsa.

Suspek, Cheng Guoyan, 46 tahun pada Sabtu didakwa atas tuduhan cuba membunuh seorang wanita 41 tahun yang dipercayai adalah isterinya.

Pekerja di restoran steamboat Zhong Hua, Lei Hai Qui, bersama rakan sekerja Wei Chen Xiang, Lim Chee Wei dan Lim Yong Ping – membaling kerusi plastik, tong sampah, serta papan tanda ke arah penyerang itu untuk mengalihkan perhatiannya.

Lagi dua lelaki yang sedang membersihkan unit penghawa dingin ketika itu Pan Xiao Shuo dnd Zhang Dai, juga mengambil tangga dari lori mereka unutk menolak penyerang tersebut. Pemilik restoran Samurai BBQ Leonard Shi dan pekerjanya Jackie Tee juga menyertai kumpulan itu dengan membaling lelaki tersebut dengan apa sahaja yang mereka temui.

Cik To Lee Kwee, seorang pelayan di restoran berhampiran juga menerima anugerah polis meskipun tidak hadir untuk menerimanya. Beliau berlari untuk mendapatkan bantuan daripada kakitangan hotel berhampiran, yang kemudiannya memaklumkan kepada pihak polis tentang kejadian itu.

Polis menyatakan tindakan kumpulan itu mengalihkan perhatian dan mengelirukan lelaki berkenaan, membantu mengurangkan lagi kemudaratan terhadap wanita itu.

Penolong Pesuruhjaya Polis, Encik Jeremy Ang berkata: “Walaupun mereka sedar sepenuhnya bahawa lelaki itu bersenjata, mereka menunjukkan keberanian luar biasa dan cepat bertindak dalam melangkah ke hadapan. Ini patut mendapat pengiktirafan dan pujian kami”.

Sumber : CNA/SU/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa