Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jika nombor NRIC terus diselindungi, ia akan beri 'rasa selamat palsu': Menteri Josephine Teo

Dengan terus menggunakan nombor kad pengenalan (NRIC) yang diselindungi akan memberikan "rasa selamat yang palsu" kepada rakyat Singapura, kata Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo pada Rabu (8 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Jika nombor NRIC terus diselindungi, ia akan beri 'rasa selamat palsu': Menteri Josephine Teo
Diterbitkan : 08 Jan 2025 10:12PM Dikemas Kini : 08 Jan 2025 10:15PM
SINGAPURA: Dengan terus menggunakan nombor kad pengenalan (NRIC) yang diselindungi akan memberikan "rasa selamat yang palsu" kepada rakyat Singapura, kata Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo pada Rabu (8 Jan).

Beliau menjawab soalan oleh Anggota Parlimen Liang Eng Hwa (PAP-Bukit Panjang) yang bertanya mengenai keburukan jika nombor NRIC terus diselindungi, yang beliau anggap adalah "pendekatan pertengahan".

Dalam jawapannya kepada Encik Liang, Cik Teo berkata menyelindungi nombor NRIC serupa dengan penggunaan separa nombor NRIC, di mana beliau maklum bahawa para individu dan pertubuhan lebih berpuas hati "secara psikologi" jika nombor penuh NRIC tidak diketahui.

Algoritma yang boleh meneka nombor penuh NRIC kini boleh diakses online, terutama sekali jika anda tahu tahun kelahiran individu tersebut, katanya.

"Kemudahan ketersediaan algoritma sedemikian bermakna penggunaan berterusan nombor NRIC yang diselindungi memberi tahap keselamatan palsu yang tidak akan pudar," kata Cik Teo.

Jika rasa selamat palsu ini berterusan dan orang ramai fikir nombor penuh NRIC mereka adalah satu rahsia, sekali gus mereka terus menggunakannya sebagai kata laluan atau pengesahan, risiko berlaku penipuan atau kecurian identiti akan meningkat, katanya.

"Kami rasa perkara yang betul untuk dilakukan, sementara isu itu masih terkawal, kami perlu cuba dan menghentikan amalan sedemikian," kata Cik Teo.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan