Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jika hubungan AS-China berpecah-belah, ia boleh tamatkan tempoh keamanan dan kemakmuran: Vivian Balakrishnan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Aug 2022 08:47PM Dikemas Kini : 05 Aug 2022 09:36PM
KEMBOJA: Amerika Syarikat dan China tidak mahu mencetuskan konflik berhubung isu Selat Taiwan.

Namun kedua-dua negara itu perlu menetapkan pendirian masing-masing atas sebab politik.

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan berkongsi pandangan beliau mengenai hal itu semasa bercakap kepada media Singapura pada akhir mesyuarat Menteri Luar ASEAN di Kemboja.

Mesyuarat itu berlangsung ketika hubungan Amerika-China semakin tegang berikutan lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika, Nancy Pelosi ke Taiwan minggu ini.
"Bahaya utamanya sekarang, dan saya sudahpun mengatakan ini kepada Menteri Luar Wang Yi semalam - terdapat banyak kapal dan peluru berpandu di sekitar kawasan itu. Terdapat bahaya berlakunya kemalangan dan salah pertimbangan, walaupun jika anda tidak mahu berlakunya perang," kata Dr Vivian Balakrishnan.

Sebelum ini, Dr Balakrishnan mengadakan pertemuan berasingan dengan Menteri Luar China Wang Yi dan Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken di luar mesyuarat ASEAN tersebut.

Dr Balakrishan juga bertemu Cik Pelosi semasa lawatannya ke Singapura.

"Saya mempunyai peluang baik untuk menilai apa yang berlaku. Izinkan saya untuk mengatakan beberapa perkara: Yang pertama, meskipun ini bukan lawatan pertama yang dilakukan oleh seorang Speaker Dewan Amerika Syarikat ke Taiwan, ia sebenarnya berlaku 25 tahun lalu, tetapi lawatan itu diadakan pada masa yang amat sensitif dari segi politik bagi kedua-dua China dan Amerika," kata Dr Balakrishnan.

"Dan saya pasti bahawa ia juga antara yang menyebabkan ketegangan," tambah beliau.
Sumber : CNA/AI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan