Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jia Jia, Kai Kai akan kekal di S'pura sehingga 2027

Anggaran Waktu Membaca:
Jia Jia, Kai Kai akan kekal di S'pura sehingga 2027

Jia Jia dan bayinya yang lahir pada 14 Ogos 2021 (Gambar: Mandai Wildlife Group)

SINGAPURA: Beruang panda gergasi Jia Jia dan Kai Kai akan kekal di Singapura untuk lagi lima tahun di bawah perjanjian yang dimeterai oleh Persatuan Pemuliharaan Haiwan Liar China (CWCA) dan Mandai Wildlife Group pada Jumaat (2 Sep). 

Pengumuman itu dilakukan sewaktu sambutan hari jadi Kai Kai dan Jia Jia yang masing-masing berumur 15 dan 14 tahun September ini. 

Pemeteraian itu berlangsung pada pagi Jumaat (2 Sep) di Giant Panda Forest di River Wonders. 

Ia disaksikan oleh Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Low Yen Ling, serta Duta China ke Singapura Sun Haiyan, Naib Pentadbir Jabatan Hutan Negara China dan Pentadbiran Padang Rumput (NFGA) Li Chunliang, dan wakil-wakil lain NFGA. 

CEO Mandai Wildlife Group Mike Barclay berkata: "Mandai Wildlife Group berbesar hati untuk mendalami kerjasama bersama Persatuan Pemuliharaan Haiwan Liar China dan terus menyumbang kepada usaha pemuliharaan spesies panda gergasi. 

"Kami melalui perjalanan bersama Kai Kai dan Jia Jia selama sedekad, dari apabila mereka baru saja tiba di pameran Giant Panda Forest, dan memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik untuk setiap musim pembiakan. Kami berharap untuk memainkan peranan dalam perkembangan dan detik-detik penting mereka."

Kai Kai dan Jia Jia dipinjamkan kepada Singapura oleh China sejak 2012 di bawah persetujuan selama 10 tahun, dikenali sebagai Persetujuan Kerjasama bagi Pemuliharaan dan Kajian Panda. Kedua-duanya sepatutnya dihantar pulang ke China tahun ini setelah pinjaman tersebut tamat tempoh. 

Pelanjutan itu akan memberikan Singapura peluang untuk merancangkan satu lagi musim pembiakan bagi panda-panda tersebut. 

Anak panda gergasi pertama Jia Jia dan Kai Kai, Le Le, dilahirkan pada 14 Ogos 2021 dan akan dihantar pulang ke China apabila ia dapat berdikir sepenuhnya pada usia dua tahun. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan