Jewel Lapangan Terbang Changi tarik paras rekod lebih 80 juta pengunjung pada 2024
Jewel Lapangan Terbang Changi mencatat satu rekod baharu dari segi kedatangan pengunjung dan penjualan bagi 2024.
Keadaan lengang di sekitar Jewel Lapangan Terbang Changi pada hari pertama pembukaan semula pada 14 Jun 2021 (Gambar: Vanessa Lim)
Ia menarik lebih 80 juta pengunjung, iaitu pertambahan 10 peratus berbanding tahun 2023.
Bagi terus memanfaatkan trend positif itu, Jewel mengumumkan konsep-konsep runcit dan tempat makan baharu akan diperkenalkan bagi pengunjung tempatan mahupun pelancong.
Kegiatan membeli-belah jelas cukup rancak di Jewel.
Ia mencatat pertumbuhan 5 peratus dari segi penjualan tahun lalu, berbanding tahun sebelumnya.
Jewel menyatakan lebih banyak jenama-jenama besar tempatan dan antarabangsa akan menyertainya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.