Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jetstar 'tiada niat berpindah' ke T4, 'sangat kecewa' dengan pengumuman CAG

Jetstar Asia kini beroperasi dari Terminal 1 di Lapangan Terbang Changi dengan ketibaan terhad di Terminal 2.

Anggaran Waktu Membaca:
Jetstar 'tiada niat berpindah' ke T4, 'sangat kecewa' dengan pengumuman  CAG

Gambar fail pesawat Jetstar dipetik pada Mei 2014 (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Kumpulan syarikat Jetstar pada Jumaat (22 Jul) menyatakan pihaknya "tidak mempunyai sebarang niat untuk berpindah" ke Terminal 4 Lapangan Terbang Changi, satu keputusan yang disifatkan syarikat penerbangan itu sebagai dibuat oleh satu pihak sahaja, iaitu Changi Airport Group (CAG).

Jetstar Asia beroperasi dari Terminal 1 di Lapangan Terbang Changi dengan ketibaan terhad di Terminal 2.

Dalam kenyataannya yang dikeluarkan sekitar sejam selepas pengumuman rasmi CAG berhubung tarikh pembukaan semula Terminal 4 pada 13 Sep dan pemindahan 16 syarikat penerbangan ke terminal itu, Jetstar menyatakan: "Kami sangat kecewa CAG memilih untuk mengumumkan secara sepihak rancangan untuk memindahkan Jetstar Group ke Terminal 4 Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, sebelum sebarang persetujuan dicapai."

CAG menyatakan Jetstar Group akan berpindah ke T4 pada 25 Okt, menyertai syarikat-syarikat penerbangan lain seperti AirAsia Group, Cathay Pacific dan Korean Air.

"Satu kajian bersama hanya dipersetujui untuk dijalankan minggu lalu dan pengumuman ini benar-benar tidak mengendahkan persetujuan dan kesan sesebuah langkah itu kepada pelanggan kami, kakitangan kami dan operasi kami," menurut Jetstar.

"Sedang kami komited untuk bekerjasama dengan CAG, pengumuman hari ini oleh lapangan terbang itu tidak menghiraukan keprihatinan dan kerjasama kukuh yang sudah lama terjalin sejak bertahun-tahun lalu.

"Sehingga satu persetujuan dicapai, kami tidak mempunyai sebarang niat untuk berpindah dan sudah memaklumkan CAG mengenai keputusan itu."

Mediacorp sudah menghubungi CAG bagi maklumat lanjut.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan