Skip to main content

Singapura

Jetstar mula operasi di T4 Changi, rancang tingkatkan kapasiti

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penerbangan pertama Jetstar berlepas dari Terminal 4 Lapangan Terbang Changi pada Rabu (22 Mac) selepas perbincangan dan kajian yang dijalankan selama berbulan lamanya.

Jetstar menyertai 18 lagi syarikat penerbangan lain di T4.

Jetstar sebelum ini menolak langkah tersebut dengan mengatakan para penumpangnya akan menghadapi kesukaran untuk berpindah dari T4 ke terminal lapangan terbang yang lain.

Namun, syarikat penerbangan itu akhirnya bersetuju pada November lalu selepas ia menjalankan kajian dengan Changi Airport Group (CAG).

Kajian tersebut menunjukkan pergerakan para penumpangnya tidak akan banyak terjejas.

Jetstar mengatakan pemindahannya ke T4 juga akan membolehkan kapasitinya untuk terus berkembang.

Selain itu, ia juga merancang untuk menambah dua lagi pesawat ke armadanya di Singapura.

"Kami mempertimbangkan beberapa destinasi menarik, seperti bagaimana kami melakukan penerbangan ke Okinawa. Ramai daripada anda mungkin sudah ke Okinawa, ia adalah produk yang hebat, kami adalah satu-satunya hubungan dari pelusuk selatan ke Okinawa. Mereka sangat berbesar hati untuk menyambut kami sekali lagi dan kami sedang berbincang dengan mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jetstar, Barathan Pasupathi.

Sumber : CNA/IA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita