Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jetstar Asia terus beroperasi di T1 buat masa ini

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Changi Airport Group (CAG) dan Jetstar Asia menamatkan satu kajian bersama berhubung operasi syarikat penerbangan itu di Lapangan Terbang Changi, namun persetujuan masih belum diputuskan.

Buat masa ini, syarikat penerbangan itu akan terus beroperasi daripada Terminal 1 Lapangan Terbang Changi.

Demikian dinyatakan oleh CAG dan Jetstar Asia dalam kenyataan yang serupa pada Ahad (23 Okt).

Pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.

Kajian tersebut sebahagian daripada pelibatan CAG dengan syarikat penerbangan tersebut mengenai langkahnya untuk kembali beroperasi di Terminal 4.

Pada 22 Julai, CAG mengumumkan bahawa Terminal 4 akan dibuka semula pada 13 September dengan 16 syarikat penerbangan akan ditempatkan semula di sana, termasuk Jetstar Group.

Jetstar Group mengeluarkan kenyataan pada hari yang sama untuk mengumumkan syarikat itu tidak ada niat untuk mengalihkan operasi ke Terminal 4.
"Kami sangat kecewa bahawa Changi Airport Group memilih untuk mengumumkan secara sepihak untuk menempatkan semula Jetstar Group ke Terminal 4 di Lapangan Terbang Changi sebelum persetujuan dicapai," tulis Jetstar Group dalam kenyataan itu.

"Kajian bersama hanya dipersetujui untuk diadakan minggu lepas dan pengumuman ini
langsung tidak mengendahkan perjanjian itu serta kesannya terhadap pelanggan, kakitangan dan operasi kami."

Jetstar Group menambah bahawa sehingga persetujuan dicapai, syarikat itu tidak ada niat untuk ditempatkan semula.

Jetstar Group lazimnya beroperasi di Terminal 1 di Lapangan Terbang Changi dengan hanya segelintir jumlah ketibaan daripada Terminal 2.

Pada 30 Ogos, Menteri Pengangkutan, S Iswaran berkata CAG dan Jetstar Group dalam perbincangan untuk memastikan operasi Jetstar kekal berkesan dan keperluan penumpang akan ditepati.

"Ia penting untuk melakukan sedemikian berbanding dengan melakukannya dengan pantas," kata Encik Iswaran pada ketika itu.

Menurut perancangan CAG sebelum ini, Jetstar Group dijangka berpindah ke Terminal 4 pada 25 Oktober bersama dengan syarikat penerbangan lain seperti AirAsia, Cathay Pacific dan Korean Air.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan