Skip to main content

Singapura

Jetstar Asia kendalikan khidmat penerbangan sementara ke KL, Manila, Bangkok

Syarikat penerbangan tambang rendah Jetstar Asia akan mengendalikan lima khidmat penerbangan ulang alik seminggu ke tiga destinasi di Asia Tenggara iaitu Kuala Lumpur, Bangkok dan Manila mulai Selasa (21 April).

Anggaran Waktu Membaca:
Jetstar Asia kendalikan khidmat penerbangan sementara ke KL, Manila, Bangkok

Gambar fail pesawat Jetstar dipetik pada Mei 2014 (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 20 Apr 2020 03:04PM Dikemas Kini : 20 Apr 2020 03:06PM

SINGAPURA: Syarikat penerbangan tambang rendah Jetstar Asia akan mengendalikan lima khidmat penerbangan ulang alik seminggu ke tiga destinasi di Asia Tenggara iaitu Kuala Lumpur, Bangkok dan Manila - dengan tujuan menghasilkan penghubungan perjalanan penting dan membantu dengan pengangkutan barangan di rantau ini mulai Selasa (21 April).

Syarikat itu menyatakan jumlah maksimum 112 tempat duduk akan ditawarkan bagi setiap penerbangan, sekitar 60 peratus keupayaan tampungannya bagi membolehkan jarakan selamat semasa tempoh pemutus litar yang dilaksanakan Pemerintah.

"Khidmat-khidmat ini hanya disediakan kepada rakyat dan Penduduk Tetap yang pulang ke rumah, atau mereka yang mempunyai kebenaran bertulis sebelum ini untuk melakukan perjalanan," ia menyatakan dalam satu kenyataan pada Isnin (20 Apr).

Related article image
(Gambar: Jetstar Asia)

(Gambar: Jetstar Asia)

Tiket-tiket penerbangan boleh ditempah menerusi laman jetstar.com atau menerusi ejen pelancongan dan rakan perdagangan.

Buat masa ini, semua penerbangan Jetstar Asia yang dijadualkan digantung buat sementara hingga 19 Mei 2020 disebabkan oleh sekatan sempadan di seluruh rantau ini dan langkah-langkah pemutus litar lebih ketat.

Sebelum penggantungan itu, Jetstar Asia mengendalikan lebih 600 penerbangan ulang alik seminggu ke 24 destinasi di 13 negara dan wilayah di kawasan Asia Pasifik, daripada Singapura.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita