Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jetstar Asia akan pindah operasi ke T4 Changi menjelang 25 Mac

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jetstar Asia akan memindahkan operasinya dari Terminal 1 Lapangan Terbang Changi ke Terminal 4 menjelang 25 Mac 2023.

Demikian diumumkan syarikat penerbangan tersebut dan Changi Airport Group (CAG) dalam satu kenyataan media bersama pada Jumaat (4 Nov), menyusuli satu kajian bersama yang meninjau keprihatinan Jetstar mengenai langkah berkenaan. 

CAG pada Julai menyatakan Jetstar dijadual berpindah ke Terminal 4 pada 25 Oktober tahun ini, mengikut jejak langkah syarikat penerbangan seperti AirAsia Group, Cathay Pacific dan Korean Air. 

Dalam kenyataan media bersama yang dikeluarkan pada Jumaat (4 Nov), kedua-dua pihak menyatakan dengan 17 gerbang mampu menampung rangka pesawat yang kecil, T4 akan mempunyai kapasiti gerbang yang mencukupi untuk menampung pesawat-pesawat Jetstar dengan rangka kecil dan memberi peluang kepada syarikat penerbangan itu untuk berkembang. 

"Ia juga mengurangkan keperluan bagi syarikat tersebut untuk mengendalikan operasi bas ke tempat pesawat yang terpencil," terangnya lanjut. 

Pengarah Urusan bagi Pembangunan Hab Udara CAG Lim Ching Kiat menyatakan syarikat penerbangan itu gembira kerana berjaya mencapai persetujuan dengan Jetstar selepas mengkaji kesan berpotensi peralihannya terhadap pengalaman penumpang dan perniagaannya dalam tempoh beberapa bulan yang lalu. 

Ketua Pegawai Eksekutif Jetstar Asia Barathan Pasupathi mengucapkan terima kasih kepada CAG dan para anggota pasukannya yang terlibat dalam kajian bersama "penting" itu. Beliau menarik perhatian bahawa syarikat penerbangan itu sudahpun beroperasi di T1 sejak melancarkan operasi di Singapura 18 tahun yang lalu. 

T4 dibuka semula pada 13 September 2022 setelah ditutup lebih dua tahun akibat pandemik COVID-19. Terminal itu menyaksikan sekitar 350,000 penumpang pada bulan pertama ia kembali beroperasi. 

Sebanyak 14 syarikat penerbangan berjaya memindahkan operasinya ke terminal tersebut, termasuk Air Asia Group, Cathay Pacific dan Korean Air. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan