Jeti baru siap dibina di Lim Chu Kang jelang 2020
Sebuah jeti baru bernilai $6 juta untuk para peternak ikan akan dibina di Lim Chu Kang menjelang September 2020.
SINGAPURA: Sebuah jeti baru bernilai $6 juta untuk para peternak ikan akan dibina di Lim Chu Kang menjelang September 2020.
Penguasa Agro-Makanan dan Veterinar (AVA) memberitahu Mediacorp bahawa para penternak sebelum ini mengadu tentang ruang yang tidak mencukupi di jeti sedia ada.
Mereka juga prihatin tentang soal keselamatan di jeti yang sudah usang, berusia kira-kira 30 tahun.
Jeti baru itu dijangka dibina di kawasan seluas 4,000 meter persegi yang terletak sekitar 200 meter dari tempat jeti sekarang.
AVA sudah membuka Penyataan Minat bagi para perunding yang ingin menerajui projek tersebut.
Butiran jeti baru itu belum diputuskan dan para penternak ikan bakal diundang untuk memberi idea mereka mengenai reka bentuknya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.