Jet pejuang Tentera Laut Perancis, RSAF adakan latihan dua hala
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Angkatan Tentera Udara Singapura dan Tentera Laut Perancis mengadakan latihan dua hala melibatkan jet-jet pejuang dari kedua-dua negara.
Misi yang bernama RASTABAN itu bertujuan menunjukkan kemampuan Perancis untuk mengerahkan asetnya dari laut meliputi jarak jauh, terutama ke Asia Tenggara.
Tiga jet pejuang Rafale terbang sejauh 4,000 kilometer dari sebuah kapal induk di barat Lautan Hindi ke Singapura.
Ia merupakan kali pertama pesawat tentera laut Perancis terbang begitu jauh dari laut.
Jet-jet Perancis itu menyertai latihan gempur udara bersama jet pejuang F-15SG dan F-16 Singapura.
Latihan tersebut berlangsung dalam ruang udara antarabangsa di Laut China Selatan.
Duta besar Perancis ke Singapura Minh-Di Tang berkata kerjasama antara kedua-dua negara adalah penting bagi strategi Perancis di rantau Indo-Pasifik.
"Disebabkan keadaan geopolitik yang tegang di Eropah, apabila prinsip seperti integriti wilayah tidak boleh diambil mudah, ia bukan objektif yang mudah," kata Cik Minh.
"Di sebalik keadaan yang mencabar ini, kami ingin menunjukkan komitmen kami kepada kawasan di tengah-tengah Indo-Pasifik, terutamanya, Asia Tenggara," tambahnya.

Sumber : CNA/KH/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.