Jet pejuang RSAF F-16 terhempas di Pangkalan Udara Tengah; juruterbang tidak alami kecederaan parah
Sebuah jet pejuang Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF) F-16 terhempas di Pangkalan Udara Tengah tidak lama selepas berlepas pada tengah hari tadi (8 Mei).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah jet F-16 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) terhempas di Pangkalan Udara Tengah tidak lama selepas berlepas pada tengah hari tadi (8 Mei).
Jet pejuang itu mengalami "satu isu" ketika berlepas pada kira-kira 12.35 tengah hari, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF), sambil menambah bahawa juruterbangnya berjaya keluar daripada jet berkenaan.
"Juruterbang (jet) dalam keadaan sedar dan berupaya berjalan. Beliau sedang mendapatkan bantuan perubatan. Tiada kakitangan lain cedera," menurut kementerian itu.
Menteri Pertahanan Ng Eng Hen menerusi satu kemas kini berkongsi bahawa juruterbang terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
"Beliau boleh bergerak, dalam keadaan sedar dan boleh bercakap. Namun sebagai langkah berjaga-jaga, beliau perlu berada di hospital bagi pemantauan," tulis Dr Ng dalam catatan Facebooknya.
"Kewaspadaan dan pematuhan kepada prosedur-prosedur keselamatan untuk keluar (jet) menyelamatkan nyawanya."
MINDEF menyatakan siasatan sedang dijalankan dan pihak kementerian akan memberikan kemas kini sebaik sahaja ia siap.
Semasa Mediacorp tiba di Pangkalan Udara Tengah pada kira-kira 2.45 petang, tiada sebarang kegiatan dapat dilihat.
Kakitangan berseragam yang berada di laluan masuk pangkalan udara itu enggan bercakap kepada media.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.