Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jessica Tan, Terry Hee mara ke peringkat akhir badminton Sukan Komanwel

Anggaran Waktu Membaca:
Jessica Tan, Terry Hee mara ke peringkat akhir badminton Sukan Komanwel

(Gambar: Andy Chua/Commonwealth Games Singapore)

SINGAPURA: Jessica Tan dan Terry Hee mengalahkan gandingan dari Malaysia, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing pada Ahad (7 Ogos) untuk melayakkan diri ke peringkat akhir badminton bagi acara regu campuran Sukan Komanwel. 

Di Pusat Pameran Kebangsaan Birmingham, Tan dan Hee mengalahkan regu Malaysia 25-23, 21-18. 

Dengan kemenangan itu, Singapura sekurang-kurangya terjamin pingat perak. 

Regu Singapura yang menduduki tangga ke-35 dunia, akan berentap dengan gandingan Marcus Ellis dan Lauren Smith dari England di peringkat akhir pada Isnin (8 Ogos). Gandingan Ellis dan Smith adalah yang ke-10 terbaik di dunia. 

Dalam acara lain pada Ahad (7 Ogos), pemain nombor 19 dunia Yeo Jia Min mempamerkan prestasi yang hebat semasa menentang PV Sindhu dari India di peringkat separuh akhir acara perseorangan wanita tetapi akhirnya kecundang 19-21, 17-21. 

Yeo akan berentap dengan Kirsty Gilmour dari Scotland bagi merebut pingat gangsa pada Isnin (8 Ogos). 

Pemain nombor 87 dunia Jason Teh dari Singapura juga memberikan persaingan sengit semasa menentang Lakshya Sen dari India dan cuba menggugat pemain nombor 10 dunia itu di peringkat separuh akhir acara  perseorangan lelaki. Namun, Sen terlalu handal dan menundukkan Teh 21-10, 18-21, 21-16.

Teh akan bersaing dengan Ng Tze Yong dari Malaysia atau Srikanth Kidambi dari India bagi merebut pingat gangsa. 

Anda boleh ikuti acara-acara Sukan Komanwel secara langsung di meWATCH atau sedutannya melalui saluran Mediacorp Entertainment di YouTube.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan