Skip to main content

Singapura

JEREBU RENTAS SEMPADAN: SG akan keluarkan notis kepada 3 lagi syarikat Indonesia berhubung kebakaran di Kalimantan

Anggaran Waktu Membaca:
JEREBU RENTAS SEMPADAN: SG akan keluarkan notis kepada 3 lagi syarikat Indonesia berhubung kebakaran di Kalimantan

Bangunan Pinnacle@Duxton dan Mahkamah Negara diselubungi jerebu, di sebalik blok-blok flat di Whampoa pada 19 Oktober 2026. (Gambar: CNA/Wallace Woon)

Diterbitkan : 19 Oct 2026 03:04PM
Transboundary haze: Singapore to issue notices to three more Indonesian companies over fires in Kalimantan
  • Singapore’s National Environment Agency (NEA) will issue preventive notices to PT Buana Megatama Jaya, PT Mananjung Hayak and PT Baratama Putra Perkasa over fires in their concession areas in Kalimantan.
  • On Oct 19, NEA said there were indications that smoke from the fires might reach Singapore and contribute to the haze.
  • The notices bring the number of Indonesian companies facing action under the Transboundary Haze Pollution Act to 10, after seven companies received notices related to fires in Sumatra on Oct 16.
  • The three companies must extinguish the fires or prevent them from spreading, stop burning and not start any fires, and submit action plans to prevent fires from recurring. NEA said it would continue to enforce the rules against those responsible.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan mengeluarkan notis kepada tiga lagi syarikat di Indonesia berhubung kebakaran di Kalimantan yang mungkin menyumbang kepada keadaan jerebu di Singapura.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan syarikat yang dikenakan tindakan di bawah Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THPA) Singapura kepada 10.

Dalam kenyataan media pada Isnin (19 Okt), NEA menyatakan terdapat petunjuk bahawa asap daripada kebakaran di kawasan konsesi milik tiga syarikat tersebut mungkin sudah sampai ke Singapura.

Syarikat-syarikat berkenaan ialah PT Buana Megatama Jaya, PT Mananjung Hayak dan PT Baratama Putra Perkasa.

Langkah itu menyusuli tindakan NEA mengeluarkan notis langkah pencegahan kepada tujuh syarikat lain di Indonesia pada 16 Oktober berhubung kebakaran di Sumatra.

Di bawah notis terbaharu itu, ketiga-tiga syarikat berkenaan dikehendaki mengerahkan anggota pemadam kebakaran untuk memadamkan api atau mencegah kebakaran daripada merebak di kawasan tanah milik atau yang diduduki mereka.

Syarikat-syarikat tersebut juga perlu menghentikan sebarang kegiatan pembakaran yang sedang dijalankan, tidak memulakan kegiatan pembakaran baharu serta menyerahkan pelan tindakan kepada NEA yang memperincikan langkah-langkah untuk memadamkan kebakaran dan mencegahnya daripada berulang.

"NEA kekal komited untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat-syarikat yang melanggar peraturan dan didapati bertanggungjawab menyebabkan jerebu rentas sempadan di Singapura," menurut agensi itu.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita