Skip to main content

Singapura

JEREBU RENTAS SEMPADAN: Permintaan pelitup N95 melonjak, Guardian kenakan had pembelian harian

Permintaan bagi pelitup N95 meningkat mendadak sedang keadaan jerebu di Singapura semakin memburuk, dengan beberapa kedai kehabisan stok berikutan pembelian yang tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Oct 2026 08:13PM Dikemas Kini : 06 Nov 2026 03:03AM
Transboundary haze: Demand for N95 masks surges, Guardian imposes daily purchase limits
  • Demand for N95 masks in Singapore surged as the haze worsened, with Clementi among the affected areas and several shops running out of stock due to heavy buying.
  • Guardian limited daily purchases to two boxes of surgical masks and five N95 masks after 200 boxes at one outlet were sold out.
  • Watsons said demand had risen fivefold compared with early October, while Unity had run out of N95 stock but will replenish supplies regularly.
  • Customers sought masks because of health concerns, while retailers said prices had not been raised and were monitoring the situation in line with advice from Government agencies.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Permintaan bagi pelitup N95 meningkat mendadak sedang keadaan jerebu di Singapura semakin memburuk, dengan beberapa kedai kehabisan stok berikutan pembelian yang tinggi.

Di Clementi, antara kawasan yang paling teruk terjejas akibat mutu udara tidak sihat, beberapa peruncit dilaporkan kehabisan bekalan pelitup.

Sebuah cawangan Guardian di kawasan itu memberitahu Mediacorp bahawa kesemua 200 kotak pelitup yang disediakan habis dijual pada hari yang sama.

Sehubungan itu, Guardian mengenakan had pembelian harian untuk memastikan lebih ramai penduduk dapat memperoleh pelitup.

Setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli maksimum dua kotak pelitup bedah dan lima helai pelitup N95 sehari.

PERMINTAAN PELITUP MENINGKAT 5 KALI GANDA

Sementara itu, Watsons menyatakan permintaan bagi pelitup perlindungan di cawangan-cawangannya meningkat lima kali ganda berbanding awal Oktober.

Syarikat itu sedang menguruskan bekalan stok mengikut perkembangan keadaan jerebu.

Rangkaian farmasi Unity pula kehabisan stok pelitup N95, namun menyatakan bahawa bekalan akan ditambah secara berkala.

Unity turut menggesa para pelanggan supaya membeli hanya mengikut keperluan isi rumah masing-masing.

Seorang pelanggan yang ditemui Mediacorp berkata beliau sudah mengunjungi beberapa cawangan Guardian dan Watsons, namun gagal mendapatkan pelitup N95 kerana stok sering habis menjelang 4.00 petang.

Seorang lagi pelanggan melahirkan kebimbangan terhadap kesihatan anak-anaknya, sekali gus mendorong beliau mencari pelitup N95.

PERUNCIT JAMIN HARGA PELITUP TIDAK DINAIKKAN

Meskipun permintaan meningkat mendadak, para peruncit yang dihubungi Mediacorp memberi jaminan bahawa harga pelitup tidak akan dinaikkan.

Mereka menyatakan bahawa keadaan sedang dipantau dengan teliti dan pihaknya akan terus berpandukan nasihat agensi-agensi pemerintah yang berkaitan.

Seorang penganalisis pengguna pula berpendapat bahawa kecenderungan orang ramai membeli pelitup secara berlebihan untuk disimpan dijangka lebih rendah kali ini, meskipun permintaan semakin meningkat.

Sumber : CNA/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita