Skip to main content

Singapura

JEREBU RENTAS SEMPADAN: Mutu udara SG masih catat paras tidak sihat; PM2.5 kekal tinggi di banyak kawasan

Mutu udara merata Singapura kekal pada paras tidak sihat pada Selasa (13 Okt), dengan bacaan zarah halus PM2.5 sejam berada pada tahap tinggi di semua bahagian.

Anggaran Waktu Membaca:
JEREBU RENTAS SEMPADAN: Mutu udara SG masih catat paras tidak sihat; PM2.5 kekal tinggi di banyak kawasan

Keadaan berjerebu di Orchard Road pada 12 Oktober 2026. (Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 13 Oct 2026 08:32AM Dikemas Kini : 13 Oct 2026 12:35PM
Transboundary haze: Singapore's air quality still at unhealthy levels; PM2.5 remains high in many areas
  • Singapore's air quality remained unhealthy on Tuesday, with the 24-hour PSI reaching 129 to 174 and one-hour PM2.5 levels high across all areas.
  • NEA reported fire hotspots in Kalimantan and southern Sumatra, causing transboundary haze to affect Singapore as well as the southern part of Peninsular Malaysia.
  • Although rain may help, NEA said the risk of haze remains in dry areas and the PSI forecast is expected to remain unhealthy.
  • Subsidised haze-related treatment began on Monday at selected polyclinics and PHPCs, following an announcement by Minister for Health Ong Ye Kung.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Mutu udara merata Singapura kekal pada paras tidak sihat pada Selasa (13 Okt), dengan bacaan zarah halus PM2.5 sejam berada pada tahap tinggi di semua bahagian.

Setakat pukul 11.00 pagi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam berada pada paras tidak sihat di seluruh Singapura, antara 129 dengan 174.

Bacaan PM2.5 sejam di semua bahagian pula berada pada tahap tinggi, antara 72 dengan 125.

Bacaan di bahagian utara berada pada tahap normal selama beberapa jam pada awal Selasa, sebelum meningkat ke tahap tinggi pada pukul 8.00 pagi. Sementara itu, bacaan di bahagian selatan berada pada tahap normal pada pukul 9.00 pagi, sebelum kembali meningkat ke tahap tinggi pada pukul 11.00 pagi.

Pada Isnin, bacaan PM2.5 sejam di bahagian barat Singapura turun naik antara tahap tinggi dengan sangat tinggi mulai pukul 3.00 petang, sebelum memuncak pada 171 sekitar pukul 9.00 malam dan kemudian kembali ke tahap tinggi. Bacaan PM2.5 sejam di bahagian tengah juga melonjak ke tahap sangat tinggi (high range) pada Isnin sebelum kembali ke tahap tinggi (elevated).

Menurut nasihat yang dikeluarkan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada lewat Isnin, beberapa tapak kebakaran dikesan di Kalimantan dan selatan Sumatra, dengan jerebu rentas sempadan dilihat menjejas Singapura dan selatan Semenanjung Malaysia.

Walaupun hujan mungkin membantu menangani tapak kebakaran dan jerebu, NEA menyatakan risiko jerebu rentas sempadan masih wujud di bahagian yang mengalami cuaca kering berpanjangan.

Bacaan PSI 24 jam Singapura diramalkan kekal pada paras tidak sihat.

NEA juga menyatakan pada Isnin bahawa ia sedang "memantau dengan teliti" keadaan jerebu dan mengumpulkan maklumat mengenai tapak kebakaran serta puncanya, dengan siasatan terdahulu di bawah Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan diteruskan.

Rawatan bersubsidi bagi masalah kesihatan berkaitan jerebu juga mula ditawarkan di Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) dan poliklinik pada Isnin, menyusuli pengumuman Menteri Kesihatan Ong Ye Kung sehari sebelumnya.

Semua warga Singapura layak menerima subsidi di poliklinik, manakala kelayakan di PHPC yang mengambil bahagian terhad kepada kumpulan tertentu, seperti kanak-kanak dan warga emas.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita