JEREBU RENTAS SEMPADAN: Mutu udara SG kekal pada paras tidak sihat di semua kawasan
Mutu udara di seluruh Singapura kekal pada paras tidak sihat pada Isnin (12 Okt), dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam antara 103 dengan 147 setakat pukul 12.00 tengah hari.
Keadaan berjerebu di Orchard Road pada 12 Oktober 2026. (Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)
- Air quality across Singapore remained unhealthy on Monday, with the 24-hour PSI at 103 to 147 as of noon and one-hour PM2.5 levels elevated in five areas.
- NEA reported numerous hotspots in Kalimantan and Sumatra, while the risk of moderate to thick transboundary haze is expected to persist although rain could help.
- From Oct 12, subsidised treatment for haze-related health problems is being offered at selected PHPCs and polyclinics, with PHPC eligibility limited to groups such as children and senior citizens.
- The Haze Task Force will distribute N95 masks to vulnerable groups if the PSI exceeds 200, while MOE may close schools if the forecast exceeds 300.
- Mutu udara di seluruh Singapura kekal tidak sihat pada Isnin, dengan PSI 24 jam 103 hingga 147 setakat tengah hari dan PM2.5 sejam tinggi di lima kawasan.
- NEA melaporkan banyak kawasan panas di Kalimantan dan Sumatra, sementara jerebu rentas sempadan sederhana hingga tebal dijangka terus berisiko walaupun hujan boleh membantu.
- Mulai 12 Oktober, rawatan bersubsidi bagi masalah kesihatan berkaitan jerebu ditawarkan di PHPC tertentu dan poliklinik, dengan kelayakan PHPC terhad kepada kumpulan seperti kanak-kanak dan warga emas.
- Pasukan Bertindak Jerebu akan mengagihkan pelitup N95 kepada golongan mudah terjejas jika PSI melebihi 200, manakala MOE boleh menutup sekolah jika ramalan melebihi 300.
Bacaan PM2.5 sejam juga berada pada paras tinggi di kelima-lima kawasan negara.
Dalam nasihat yang dikeluarkan pada pagi Isnin, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan banyak kawasan panas dikesan di Kalimantan dan Sumatra, manakala jerebu asap rentas sempadan yang sederhana hingga tebal menyelubungi Singapura.
Menurut NEA, meskipun hujan boleh membantu memperbaiki keadaan kebakaran dan jerebu, risiko jerebu rentas sempadan masih berterusan, terutama di kawasan yang mengalami cuaca kering berpanjangan.
NEA turut meramalkan bacaan PSI 24 jam di Singapura kekal pada paras tidak sihat.
RAWATAN BERSUBSIDI BERMULA HARI INI
Mulai Isnin (12 Okt), rawatan bersubsidi bagi masalah kesihatan berkaitan jerebu mula ditawarkan di Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) yang mengambil bahagian serta poliklinik.
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung sebelum ini berkata semua rakyat Singapura layak menerima subsidi di poliklinik.
Bagaimanapun, kelayakan bagi rawatan bersubsidi di PHPC terhad kepada kumpulan tertentu, termasuk kanak-kanak dan warga emas.
PELITUP N95 AKAN DIAGIHKAN JIKA PSI MELEBIHI 200
Pasukan Bertindak Jerebu pemerintah pada Jumaat (9 Okt) mengumumkan bahawa pelitup N95 akan diagihkan kepada golongan lebih mudah terjejas apabila bacaan PSI 24 jam melebihi 200, iaitu pada paras sangat tidak sihat.
Kementerian Pendidikan (MOE) pula akan mempertimbangkan penutupan sekolah sekiranya ramalan mutu udara bagi hari berikutnya berada pada paras berbahaya, dengan bacaan PSI 24 jam melebihi 300.
Sekiranya penutupan sekolah bertepatan dengan peperiksaan peringkat kebangsaan, kertas peperiksaan yang terjejas akan dijadualkan semula dan tempoh peperiksaan dilanjutkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.