JEREBU RENTAS SEMPADAN: Mutu udara SG dijangka terus catat paras tidak sihat bagi 24 jam akan datang
Anggaran Waktu Membaca:
Penonton di perlumbaan Grand Prix Formula 1 Singapura dengan latar belakang berjerebu pada 10 Oktober 2026. (Gambar: CNA/Alyssa Tan)
Transboundary haze: Singapore's air quality is expected to continue registering unhealthy levels for the next 24 hours
- Singapore's air quality remained unhealthy on Sunday, with the 24-hour PSI ranging from 108 to 153 as of 10pm across the country's five regions.
- NEA reported that haze from southern Sumatra and West Kalimantan was moving towards Singapore, while winds and dry weather could prolong the conditions.
- The HTF, involving 28 Government agencies, has been activated to provide N95 masks, air-conditioned shelters and measures if the PSI exceeds 200.
- Preschools, schools, employers and outdoor sporting activities may be affected, with MOE saying that school closures will be announced a day in advance if the PSI is forecast to reach hazardous levels.
- Mutu udara Singapura kekal tidak sihat pada Ahad, dengan PSI 24 jam antara 108 hingga 153 setakat 10.00 malam di lima bahagian negara.
- NEA melaporkan jerebu dari selatan Sumatra dan Kalimantan Barat bergerak ke Singapura, sementara angin dan cuaca kering boleh memanjangkan keadaan.
- HTF, melibatkan 28 agensi pemerintah, sudah diaktifkan bagi menyediakan pelitup N95, pusat perlindungan berhawa dingin dan langkah jika PSI melebihi 200.
- Prasekolah, sekolah, majikan dan kegiatan sukan luar mungkin terjejas, dengan MOE memaklumkan penutupan sekolah akan diumumkan sehari awal jika PSI diramal berbahaya.
SINGAPURA: Mutu udara di seluruh Singapura terus mencatat paras tidak sihat pada Ahad (11 Okt), sedang keadaan berjerebu berterusan di seluruh negara.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam berada dalam julat 'tidak sihat' (unhealthy) di kelima-lima bahagian Singapura, antara 108 dengan 153 setakat pukul 10.00 malam pada Ahad (11 Okt).
Bacaan PM2.5 satu jam pula adalah antara 52 dengan 88, dengan semua bahagian kecuali utara mencatatkan paras 'meningkat' (elevated).
Pada petang Ahad, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan PSI 24 jam dijangka mencatat paras tidak sihat.
Jerebu dari selatan Sumatra dan Kalimantan Barat dikesan bergerak ke arah Singapura dan mungkin berterusan disebabkan oleh keadaan angin.
Hujan diramalkan di Singapura dan beberapa kawasan sekitarnya.
"Bagaimanapun, cuaca kering dijangka berterusan di beberapa kawasan selatan Sumatra dan Kalimantan," menurut NEA.
Setakat pukul 10.00 malam, bahagian barat mencatatkan bacaan PSI tertinggi pada 153, diikuti tengah 146, timur 135, selatan 115 dan utara 108.
Bacaan PSI menurun sepanjang hujung minggu ini selepas mencapai paras tertinggi bagi musim jerebu tahun ini pada Jumaat, apabila bahagian tengah mencatatkan bacaan 192.
Pada Jumaat lalu, Singapura mengumumkan bahawa Pasukan Bertindak Jerebu (HTF), yang terdiri daripada 28 agensi pemerintah, sudah diaktifkan dan beberapa langkah disediakan untuk dilaksanakan sekiranya mutu udara semakin merosot.
Jika PSI melebihi 200, pelitup N95 akan diagihkan kepada warga Singapura yang layak, manakala tempat perlindungan daripada jerebu yang dilengkapi alat hawa dingin akan disediakan di kelab masyarakat serta pusat jawatankuasa penduduk dan rangkaian penduduk terpilih.
Prasekolah perlu menghentikan kegiatan luar bangunan dan kegiatan lasak di dalam bangunan apabila mutu udara mencapai tahap 'sangat tidak sihat' (very unhealthy), manakala kegiatan sukan luar mungkin diubah suai atau digantung.
Majikan juga dinasihatkan supaya mengehadkan kerja di luar bangunan.
Sekolah mungkin ditutup jika PSI 24 jam bagi hari berikutnya diramalkan melebihi 300 dan memasuki julat 'berbahaya' (hazardous).
Menteri Pendidikan Desmond Lee berkata pada Sabtu bahawa sebarang keputusan untuk menutup sekolah akan diumumkan sekitar pukul 8.00 malam sehari sebelumnya menerusi sekolah dan saluran rasmi Kementerian Pendidikan (MOE).
"Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti setiap hari dan menilai sama ada sekolah harus kekal dibuka atau ditutup pada hari berikutnya," katanya dalam catatan media sosial.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.