Skip to main content

Singapura

JEREBU RENTAS SEMPADAN: Mutu udara SG dijangka kekal tidak sihat pada 14 Okt: NEA

Mutu udara Singapura dijangka kekal pada paras tidak sihat pada Rabu (14 Okt), menurut ramalan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Selasa (13 Okt) malam.

Anggaran Waktu Membaca:
JEREBU RENTAS SEMPADAN: Mutu udara SG dijangka kekal tidak sihat pada 14 Okt: NEA

Keadaan berjerebu di Marina Bay pada 13 Oktober 2026. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)

Diterbitkan : 13 Oct 2026 10:14PM
Transboundary haze: Singapore's air quality expected to remain unhealthy on Oct 14: NEA
  • NEA forecast that Singapore's air quality will remain unhealthy on Wednesday, after the 24-hour PSI recorded 111 to 160 as of Tuesday night.
  • Hourly PM2.5 readings rose across the country, while the haze was linked to smoke from forest and land fires in Kalimantan and southern Sumatra.
  • Southeasterly or easterly winds are expected to continue carrying haze to Singapore, as dry weather persists in some of the smoke source areas.
  • The public was advised to reduce outdoor activities, while NEA is monitoring hotspots, continuing investigations, and subsidised treatment is being offered at polyclinics and PHPC.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Mutu udara Singapura dijangka kekal pada paras tidak sihat pada Rabu (14 Okt), menurut ramalan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Selasa (13 Okt) malam.

Mutu udara di seluruh Singapura kekal pada paras tidak sihat sepanjang Selasa (13 Okt), dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam antara 111 hingga 160 setakat 7.00 malam.

Bacaan PM2.5 sejam pula berada pada paras meningkat di seluruh Singapura, antara 57 hingga 95, termasuk di kawasan utara yang kembali mencatat bacaan pada paras tersebut.

Sepanjang hari itu, bacaan PM2.5 sejam berubah-ubah antara paras normal dengan paras meningkat.

Menurut NEA, kepulan asap sederhana hingga tebal dikesan daripada kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan serta selatan Sumatra.

Asap jerebu dilihat bergerak ke arah Singapura dibawa angin tenggara.

NEA menjangkakan jerebu mungkin terus dibawa ke Singapura oleh tiupan angin timur atau tenggara, dengan cuaca kering diramalkan berterusan di beberapa kawasan selatan Sumatra dan Kalimantan.

ORANG RAMAI DINASIHATKAN KURANGKAN AKTIVITI LUAR

Apabila bacaan PSI 24 jam berada pada paras tidak sihat, orang ramai yang sihat dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti fizikal berat atau berpanjangan di luar bangunan.

Golongan lebih mudah terjejas, termasuk warga emas, wanita hamil dan kanak-kanak, dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti sedemikian.

Mereka yang menghidap penyakit paru-paru atau jantung kronik pula dinasihatkan supaya mengelakkan aktiviti tersebut.

NEA sebelum ini memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau keadaan jerebu dengan teliti, termasuk mengumpulkan maklumat mengenai titik panas dan punca kebakaran.

Siasatan awal di bawah Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan juga masih diteruskan.

Sementara itu, rawatan bersubsidi bagi masalah kesihatan berkaitan jerebu mula ditawarkan di poliklinik dan Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) yang mengambil bahagian sejak Isnin (12 Okt).

Semua rakyat Singapura layak menerima subsidi di poliklinik, manakala kelayakan di PHPC terhad kepada kumpulan tertentu, termasuk kanak-kanak dan warga emas.
Sumber : CNA/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita