JEREBU RENTAS SEMPADAN: Bacaan PM2.5 sejam di 4 kawasan SG meningkat ke julat tinggi
Bacaan zarah halus PM2.5 sejam di tiga kawasan Singapura meningkat ke julat tinggi pada Sabtu (17 Okt), meskipun keadaan jerebu secara keseluruhannya reda sedikit berbanding sehari sebelumnya.
Seorang wanita berjalan di laluan penghubung antara dua blok di Chinatown, dengan bangunan-bangunan di belakangnya diselubungi jerebu pada 16 Oktober 2026. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
- On Saturday, 17 October, hourly PM2.5 readings were in the high range in four areas of Singapore, while the 24-hour PSI remained unhealthy but was lower than the previous day’s peak.
- The NEA warned that the transboundary haze could continue because of dry weather and hotspots in Kalimantan and Sumatra, despite rain being forecast in some areas; pollution readings could rise further.
- The MOH advised people at risk to avoid outdoor activities when PM2.5 levels are high and to wear a suitable mask if they need to go out, while healthy people were advised to reduce outdoor activities when readings are very high.
- ActiveSG sports amenities reopened, but haze conditions led to certain events being postponed or cancelled, including an FA Cup match, a run on 1 November and The Purple Parade, which was rescheduled to the first half of 2027.
- Pada Sabtu, 17 Oktober, bacaan PM2.5 sejam berada dalam julat tinggi di empat kawasan Singapura, manakala PSI 24 jam kekal tidak sihat tetapi lebih rendah daripada paras tertinggi sehari sebelumnya.
- NEA memberi amaran jerebu rentas sempadan mungkin berterusan kerana cuaca kering dan titik panas di Kalimantan serta Sumatra, walaupun hujan diramal di beberapa kawasan; bacaan pencemaran boleh meningkat lagi.
- MOH menasihatkan golongan berisiko mengelakkan kegiatan luar apabila PM2.5 tinggi dan menggunakan pelitup sesuai jika perlu keluar, sementara orang sihat disaran mengurangkan kegiatan apabila bacaan sangat tinggi.
- Kemudahan sukan ActiveSG dibuka semula, tetapi keadaan jerebu menyebabkan acara tertentu ditunda atau dibatalkan, termasuk perlawanan Piala FA, larian pada 1 November dan The Purple Parade yang dijadualkan semula ke separuh pertama 2027.
Setakat 2.00 petang, bacaan PM2.5 sejam mencecah 243 di kawasan barat, 179 di kawasan tengah, 162 di kawasan selatan dan 159 di kawasan timur Singapura.
Keempat-empat kawasan itu mencatatkan bacaan dalam julat tinggi, iaitu antara 151 hingga 250 mikrogram bagi setiap meter padu.
Pada 11.00 pagi tadi, hanya kawasan barat mencatatkan bacaan dalam julat tinggi, iaitu 158.
Sementara itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam berada antara 135 hingga 185 setakat 2.00 petang, dengan bacaan tertinggi dicatatkan di kawasan barat Singapura.
Bacaan PSI di kawasan tengah pula adalah 184, diikuti timur (173), selatan (154) dan utara (135).
Kesemua lima kawasan Singapura masih mencatatkan mutu udara pada paras tidak sihat.
Bagaimanapun, bacaan tersebut lebih rendah berbanding paras tertinggi 229 yang dicatatkan pada Jumaat (16 Okt), apabila mutu udara memasuki paras sangat tidak sihat, sekali gus mencatatkan bacaan tertinggi tahun ini.
NEA BERI AMARAN RISIKO JEREBU SERIUS BERTERUSAN
Dalam perkembangan terkini mengenai keadaan jerebu serantau pada Sabtu (17 Okt) pagi, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) memberi amaran bahawa risiko jerebu rentas sempadan yang serius masih berterusan.
Ini memandangkan cuaca kering dijangka berlarutan di beberapa kawasan selatan ASEAN dalam beberapa hari akan datang.
Titik-titik panas dikesan secara bertaburan di Kalimantan dan selatan Sumatra, manakala jerebu sederhana hingga tebal diperhatikan di beberapa kawasan Semenanjung Malaysia, Singapura, Kalimantan, Sumatra dan barat Sarawak.
Bagaimanapun, jumlah sebenar titik panas di Kalimantan dan Sumatra tidak dapat dipastikan sepenuhnya akibat jerebu tebal dan litupan awan.
Hujan diramalkan di Semenanjung Malaysia, utara dan tengah Sumatra serta beberapa kawasan Kalimantan, yang mungkin membantu mengurangkan titik panas dan meredakan keadaan jerebu di kawasan tersebut.
Namun, NEA menjangkakan keadaan jerebu kekal pada paras tinggi di kawasan yang mudah mengalami kebakaran dan berdepan cuaca kering berpanjangan.
Agensi itu turut memberi amaran bahawa bacaan PSI dan PM2.5 mungkin melonjak pada hari-hari tertentu.
MOH NASIHAT GOLONGAN BERISIKO ELAK KEGIATAN LUAR
Kementerian Kesihatan (MOH) menasihatkan orang ramai supaya merujuk kepada bacaan PM2.5 sejam, dan bukannya PSI 24 jam, bagi menentukan sama ada mereka perlu memakai pelitup ketika melakukan kegiatan luar dalam masa terdekat.
Bacaan PM2.5 sejam memberikan gambaran lebih terkini mengenai mutu udara, manakala ramalan PSI 24 jam digunakan bagi merancang kegiatan pada hari berikutnya.
Golongan berisiko, termasuk warga emas, wanita hamil serta mereka yang menghidap penyakit jantung atau paru-paru kronik, dinasihatkan supaya mengelakkan kegiatan luar apabila bacaan PM2.5 sejam berada dalam julat tinggi, iaitu antara 151 hingga 250.
Mereka yang perlu melakukan kegiatan luar boleh memakai pelitup N95 yang sesuai dan dipakai dengan kemas, atau pelitup setara, bagi mengurangkan pendedahan kepada zarah jerebu.
Apabila bacaan PM2.5 sejam mencapai julat sangat tinggi, iaitu 251 dan ke atas, individu yang sihat juga dinasihatkan supaya mengurangkan kegiatan luar.
Bagaimanapun, MOH menyatakan pelitup N95 secara amnya tidak diperlukan ketika berulang-alik antara rumah dengan sekolah atau tempat kerja, mahupun ketika berada di dalam bangunan.
Warga emas, wanita hamil dan mereka yang mengalami masalah jantung atau paru-paru yang serius serta kesukaran bernafas dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan pelitup N95.
Mereka yang berasa tidak selesa ketika memakai pelitup itu pula dinasihatkan supaya menanggalkannya seketika.
Selain N95, pelitup jenis KN95, FFP2 dan KF94 juga berkesan mengurangkan pendedahan kepada zarah jerebu.
Orang ramai boleh melayari laman HazeMaskGoWhere untuk mendapatkan maklumat mengenai lokasi pengambilan pelitup dan ketersediaannya di mesin layan diri.
ACARA SUKAN, MASYARAKAT TERJEJAS
Sementara itu, semua kemudahan sukan ActiveSG menyambung semula operasi pada Sabtu selepas ditutup sehari sebelumnya akibat jerebu.
Namun, keadaan jerebu yang tidak menentu menyebabkan beberapa acara luar dibatalkan atau ditangguhkan.
Antaranya termasuk perlawanan akhir Piala FA Singapura dan penentuan tempat ketiga yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu.
Acara larian Great Eastern Women's Run pada 1 November turut dibatalkan, manakala The Purple Parade, acara tahunan yang meraikan kebolehan dan sumbangan golongan kurang upaya, ditangguhkan ke separuh pertama 2027.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.