JEREBU RENTAS SEMPADAN: 5 syarikat berdaftar di SG setuju lantik penilai, beri kerjasama dalam siasatan
Lima syarikat berdaftar di Singapura yang mungkin mempunyai kaitan dengan kebakaran penyebab jerebu rentas sempadan bersetuju melantik penilai dan memberikan kerjasama dalam proses penilaian.
Bangunan di Singapura diselubungi jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia pada 13 Oktober 2026. (Gambar: REUTERS/Kokkai Ng)
- On Oct 31, NEA said five companies registered in Singapore had agreed to appoint assessors and cooperate in investigating possible links to fires in Indonesia that contributed to the transboundary haze.
- NEA will also meet Kencana Agri, which is ready to participate voluntarily, while First Resources has expressed its willingness but has not provided written confirmation.
- The steps followed a pledge of cooperation by 10 companies after a meeting with the minister on Oct 28, which also discussed strengthening the law to ensure those responsible face action.
- MinLaw and NEA selected seven specialist firms. A joint team of investigators and legal advisers will assess the companies’ involvement at their own expense, then submit a report to NEA to determine further action.
- Pada 31 Oktober, NEA memaklumkan lima syarikat berdaftar di Singapura bersetuju melantik penilai dan bekerjasama untuk menyiasat kemungkinan kaitan dengan kebakaran di Indonesia yang menyumbang kepada jerebu rentas sempadan.
- NEA turut akan bertemu Kencana Agri, yang bersedia menyertai secara sukarela, sementara First Resources menyatakan kesediaan tetapi belum memberikan pengesahan bertulis.
- Langkah ini menyusuli ikrar kerjasama 10 syarikat selepas pertemuan dengan menteri pada 28 Oktober, yang turut membincangkan pengukuhan undang-undang untuk memastikan pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan.
- MinLaw dan NEA memilih tujuh firma pakar; pasukan gabungan penyiasat dan penasihat undang-undang akan menilai penglibatan syarikat atas kos sendiri, lalu menyerahkan laporan kepada NEA bagi menentukan tindakan lanjut.
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan pada Sabtu (31 Okt) bahawa pihaknya sudah bertemu wakil lima syarikat berkenaan, iaitu Wilmar International, Golden Agri-Resources, APP Company, APP Company (China) dan Indofood Agri Resources.
NEA juga akan bertemu Kencana Agri, yang menyatakan kesediaan untuk melantik penilai secara sukarela.
Agensi itu mengalu-alukan kesediaan syarikat-syarikat tersebut untuk bekerjasama dalam proses penilaian yang dijalankan oleh pasukan penilai daripada panel khas siasatan jerebu rentas sempadan.
NEA turut menyambut baik kenyataan First Resources bahawa syarikat itu bersedia melantik sebuah firma penyiasatan dan sebuah firma guaman bagi menilai sama ada ia mempunyai sebarang penglibatan atau kaitan dengan kebakaran di Indonesia yang menyumbang kepada jerebu rentas sempadan.
Bagaimanapun, NEA masih menantikan pengesahan bertulis daripada First Resources mengenai penyertaannya dalam proses penilaian itu.
Menurut NEA, penyertaan secara sukarela syarikat-syarikat berkenaan akan membantu menentukan fakta sebenar, termasuk sama ada mereka mempunyai sebarang penglibatan atau kaitan dengan kebakaran di Indonesia yang menyebabkan atau menyumbang kepada jerebu yang menjejas Singapura.
10 SYARIKAT SEBELUM INI IKRAR KERJASAMA PENUH
Pada Rabu (28 Okt), para eksekutif kanan daripada 10 syarikat yang mungkin mempunyai kaitan dengan kebakaran penyebab jerebu berikrar memberikan kerjasama penuh dalam siasatan Singapura.
Ikrar itu dibuat selepas mereka menghadiri pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong, Menteri Kanan K Shanmugam dan Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu.
Pertemuan itu bertujuan menjelaskan apa yang pemerintah harapkan daripada syarikat-syarikat berkenaan serta rancangan memperkukuh undang-undang bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab terhadap pencemaran jerebu dikenakan tindakan.
Antara syarikat yang menghadiri pertemuan itu ialah Bumitama Agri, First Resources, Golden Agri-Resources, Indofood Agri Resources, Kencana Agri, TSH Resources, Wilmar International dan Sinar Mas Group.
Penasihat kanan Sinar Mas Group turut mewakili Asia Pulp & Paper dan Asia Pulp & Paper (China).
7 FIRMA PAKAR DIPILIH SERTAI PANEL KHAS
Pada Jumaat (30 Okt), Kementerian Undang-Undang (MinLaw) dan NEA mengumumkan tujuh firma pakar dipilih menyertai panel khas bagi menilai syarikat-syarikat yang dikenal pasti pemerintah mungkin mempunyai kaitan dengan jerebu rentas sempadan.
Tiga daripadanya merupakan firma penyiasatan, manakala empat lagi firma guaman atau penasihat undang-undang.
Setiap pasukan penilai akan terdiri daripada sebuah firma penyiasatan dan sebuah firma guaman atau penasihat undang-undang.
Penilaian itu bertujuan menentukan sama ada syarikat-syarikat berkenaan terlibat dalam menyebabkan kebakaran atau membiarkan kebakaran berlaku sehingga mencetuskan atau memburukkan keadaan jerebu.
Penilaian akan dijalankan atas perbelanjaan syarikat sendiri, manakala laporan hasil penilaian akan diserahkan kepada NEA untuk menentukan sama ada tindakan lanjut diperlukan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.