JENDELA 2026: Pembukaan semula Taman Warisan Melayu dijangka hidupkan semula warisan, ekonomi kawasan Kampong Gelam
Tahun 2026 dijangka menjadi titik perubahan penting bagi Kampong Gelam — kawasan yang telah menjadi nadi masyarakat Melayu/Islam Singapura sejak lebih 200 tahun lalu.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tahun 2026 dijangka menjadi titik perubahan penting bagi Kampong Gelam — kawasan yang telah menjadi nadi masyarakat Melayu/Islam Singapura sejak lebih 200 tahun lalu.
Sebagai pusat sejarah yang pernah berfungsi sebagai tapak ilmu, penerbitan, urusan haji dan komunikasi serantau, warisan Kampong Gelam terhimpun dalam sebuah institusi teras, iaitu Taman Warisan Melayu (TWM).
Penutupan TWM sejak Oktober 2022 telah mendedahkan bagaimana warisan, pelancongan dan perniagaan tempatan saling berkait dan berhubung rapat di Kampong Gelam.
Kekosongan itu lantas mencetuskan penyesuaian dan inovasi, memaksa ekosistem setempat memikirkan semula bagaimana warisan Melayu boleh terus hidup, relevan dan mampan dalam landskap bandar moden.
Menurut Pengerusi Yayasan Warisan Melayu, Dr Norshahril Saat, usaha naik taraf TWM merupakan proses berkala yang lazim dilakukan sekali setiap sedekad bagi memperkukuh struktur bangunan yang telah berusia.
Dr Norshahril berkata: "Kita tahu Yayasan Warisan Melayu ini bertempat di satu tapak yang bersejarah iaitu di Istana Kampong Gelam. Tetapi kita lihat juga evolusi dalam masyarakat kita. Dan bagaimana kita ingin mengukuhkan identiti kita sebagai sebuah masyarakat yang mengenang zaman silam kita, tapi dalam masa yang sama juga memikirkan tentang masa depan? Yang penting sekali apakah tempat masyarakat Melayu ini dalam sebuah masyarakat berbilang kaum?"
KESAN PENUTUPAN TWM KE ATAS JIRAN TERDEKATNYA...
Bersebelahan bangunan TWM, berdiri restoran warisan yang telah berpuluh tahun menjadi sebahagian daripada ekosistem Kampong Gelam.
"Saya ini dibesarkan di Kampong Glam. Jadi sejak dahulu lagi, saya sudah nampak perkembangan dan pertukaran di sekitar Kampong Gelam. Sebelum Taman Warisan pertama kali dibuka, tempat itu adalah Istana Kampong Gelam," cerita pemilik generasi kedua restoran Nasi Padang asli, Rumah Makan Minang yakni Encik Hazmi Zin, 42 tahun.
Baginya, Taman Warisan bukan sekadar 'jiran terdekat'.
Ia sebahagian daripada nadi yang membawa aliran pengunjung ke kawasan itu, dan penting lagi, para pelanggan ke perniagaan warisan miliknya.
"Kampong Gelam ini, pertama orang ramai akan datang ke Masjid Sultan kerana mereka beribadah di sana. Selepas itu mereka akan ke Taman Warisan untuk mengambil gambar, untuk pelajari budaya, warisan. Jadi, saya nampak pentingnya Taman Warisan. Ia adalah demi mengekalkan budaya dan warisan Melayu. Selepas Taman Warisan, mereka akan membeli belah di toko-toko di daerah sini dan akan makan atau makan petang di Rumah Makan Minang," ujar Encik Hazmi.
Penutupan Taman Warisan sejak 2022 untuk kerja-kerja naik taraf menjejas perniagaan Encik Hazmi sehingga 25 peratus.
"Impaknya sangat ketara. Sudah tidak nampak lagi kunjungan bas-bas wisata, pelancong-pelancong luar negara. Tidak ada lagi anak-anak sekolah yang datang menziarahi Kampong Gelam," kongsi Encik Hazmi.

Sebelum bangunan TWM ditutup buat sementara sekitar empat tahun lalu, Encik Hazmi dijemput oleh pihak berkepentingan untuk memberi idea bagi menghidupkan semula kawasan itu.
"Bagusnya kalau ada aktiviti menaiki beca keliling Kampong Gelam, dengan beca-beca yang siap disewa boleh diletakkan di depan Taman Warisan. Bagus kalau ada kafe-kafe di pekarangan Taman Warisan - kafe-kafe warisan yang menonjolkan tradisi makanan Melayu, atau yang seperti itu," luah Encik Hazmi.
WARISAN KAMPONG GELAM DIHIDUPKAN-SEMULA, SATUKAN BUDAYA, EKONOMI & KOMUNITI
Melihat denyut kawasan itu yang semakin 'senyap', Perikatan Kampong Gelam (KGA), cuba mengimbangi kesan tersebut untuk membantu para peniaga.
Antaranya, dengan sasaran untuk meningkatkan jumlah pengunjung bagi tahun 2026 sebanyak 20 peratus.
Pengarah Tempat, KGA, Encik Syed Osman Alsagoff, berkata: "Penutupan sementara Taman Warisan Melayu mewujudkan sedikit kekosongan aktiviti di sini. Kami menyaksikan penurunan trafik pejalan kaki secara spesifik di zon Sultan Gate. Strategi kami adalah untuk memastikan aktiviti pelancong di koridor lain iaitu di Bussorah Street ataupun Baghdad Street dan juga Aliwal Street demi mengimbangi kekurangan tarikan di Taman Warisan."
"Kami menganjurkan festival seperti Gemilang Kampong Gelam, Bazar Ramadan yang kami anjurkan secara tahunan, untuk memperluaskan secara fizikal dan memastikan nadi ekonomi di Kampong Gelam terus berdenyut di seluruh kawasan," jelas Encik Syed Osman.
Beliau juga berharap agar inisiatif-inisiatif akan datang di kawasan itu akan dapat memastikan para pengunjung akan meluangkan masa sekurang-kurangnya dua jam untuk "makan, membeli-belah dan menghayati budaya di Kampong Gelam".
TWM BAKAL DIBUKA SEMULA SELEPAS KERJA-KERJA NAIK TARAF PADA 25 APRIL 2026

Melangkah ke hadapan, TWM sedang menempatkan dirinya semula bukan sekadar sebagai ruang pameran, tetapi sebagai pemangkin pemahaman dan pemerkasaan warisan Melayu di Singapura.
Ketua Pengurus Program, TWM, Hafiz Imran menjelaskan bahawa aspirasi jangka panjang TWM adalah agar masyarakat Singpaura mengenali warisan Melayu menerusi program-programnya.
"Selain daripada itu, kami juga ingin mengasah bakat dan kemahiran aktivis-aktivis budaya supaya mereka dapat mempromosikan dan juga melestarikan warisan kita. Di dalam galeri kami, kami menceritakan kisah-kisah dari seluruh rantau. Dengan mengadakan pameran khas, kami ingin mengetengahkan perbezaan antara budaya-budaya di rantau ini. Dengan ini, kami ingin meraikan bahawa budaya kami walaupun sama, namun tidak serupa.
"Matlamat kami adalah untuk terus bekerjasama dengan rakan-rakan kami di Kampong Gelam seperti perniagaan warisan dan juga aktivis-aktivis budaya supaya kami dapat bersama-sama melakarkan program yang meraikan warisan kita bersama," ujar Encik Hafiz.
Encik Syed Osman pula berharap agar naratif di muzium TWM akan "disambung terus ke kedai-kedai di luar TWM.
"Jika pameran di muzium Taman Warisan berkisar tentang tekstil, kami harap pengunjung akan diberi Jejak Warisan digital, yang membawa mereka terus ke kedai Arab Street. Ini memastikan impak ekonomi Taman Warisan akan tumpah terus ke dalam poket peniaga tempatan secara berpanjangan," ujarnya.
Ikon masyarakat Melayu itu bukan hanya bakal membuka semula pagarnya, tetapi memperbaharui naratif sejarah Melayu untuk generasi akan datang.
Ia dilakukan menerusi perspektif segar lagi imersif - melibatkan penggunaan teknologi terkini dan galeri serta program-program baharu.
Encik Hafiz berkata:" Kami akan menyediakan beberapa sudut khas di dalam galeri baru kami, di mana para pengunjung terutama sekali golongan muda akan dapat berinteraksi dengan media digital. Sebagai contoh, kami akan menyediakan sebuah bilik yang imersif di mana para pengunjung akan mendapat bermain dengan patung wayang kulit."
Dr Norshahril, Pengerusi Yayasan Warisan Melayu pula menambah: "Kita perlu kemas kini supaya generasi sekarang ini tahu nilainya, tapi dalam masa yang sama juga tertarik untuk belajar dan mengenang tentang warisan kita. Jadi mungkin dari segi aspek sejarahnya, dari segi perkongsian - itu kita kekalkan. Ini yang kita sebut sebagai tradisi."
"Dari segi pendekatannya, mungkin penggunaan teknologi, kita sebut dalam istilah sekarang ini gamification iaitu bagaimana kita cuba memperkenalkan warisan dengan aspek-aspek permainan dan sebagainya," jelas beliau lagi.

PEMBANGUNAN DIPERLUKAN PASTIKAN KESAN KERANCAKAN PERNIAGAAN DI KAMPONG GELAM BERPANJANGAN
Satu festival besar-besaran bakal dianjurkan selama lebih seminggu bagi meraikan pembukaan TWM kelak.
Encik Hafiz berkongsi: "Dari 25 April hingga 3 Mei 2026, tidak hanya terhad di kawasan Taman Warisan Melayu, tetapi meliputi sekitar Kampong Gelam. Kami juga akan bekerjasama dengan masyarakat Melayu, perniagaan di kawasan Kampong Gelam dan juga aktivis-aktivis budaya di Singapura. Para pengunjung boleh menjangkakan persembahan yang berlaku dari siang hingga ke malam, bengkel-bengkel eksklusif dan juga aktiviti-aktiviti.
Pembukaan semula TWM juga dijangka akan merancakkan lagi perniagaan di kawasan itu.
Bagi memastikan kesannya berpanjangan, pembangunan sekitar dua ikon di kawasan itu - Masjid Sultan dan Taman Warisan - perlu diberi perhatian.
Namun, pembangunan yang bagaimana diperlukan untuk menyokong usaha memelihara warisan di sini?
Dr Norshahril berkata: "Kalau kita nak kekalkan identitinya itu, kita perlu lebih cenderung untuk mengekalkan landskap ini yang dekat pada sejarah kawasan tersebut. Kalau kita biarkan sahaja kepada kapitalisme dan mungkin pasaran yang terbuka, mungkin identiti warisan itu akan hilang kerana ia akan diberikan kepada mungkin peniaga-peniaga yang bermotifkan keuntungan."
"Warisan dan sejarah ini bukan berpaksikan keuntungan. Ia tidak menguntungkan dari segi perniagaan, tapi ia satu perkara yang penting bagi nilai dan jati diri masyarakat kita," tambah beliau lagi.
Peralihan demi peralihan, antara memori dan masa depan, antara warisan yang dijaga, dengan kehidupan yang terus berjalan.
2026 membuka lembaran baharu, bukan hanya untuk TWM, tetapi bagi seluruh Kampong Gelam — memastikan kawasan warisan itu terus hidup, berdaya tahan, dan penuh makna untuk generasi akan datang.

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.