Skip to main content

Singapura

Jenazah Puan Noor Aishah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Negara Kranji

Jenazah Puan Noor Aishah Salim, balu Presiden pertama Singapura Yusof Ishak, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Negara Kranji pada petang Selasa (22 Apr).
 

Anggaran Waktu Membaca:

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 22 Apr 2025 08:00PM Dikemas Kini : 22 Apr 2025 10:22PM
SINGAPURA: Jenazah Puan Noor Aishah Salim, balu Presiden pertama Singapura Yusof Ishak, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Negara Kranji pada petang Selasa (22 Apr).

Lebih daripada 100 anggota keluarga dan para kenalan rapat hadir bagi memberi penghormatan terakhir.

Almarhumah Puan Noor Aishah meninggal dunia pada pukul 4.28 pagi di Hospital Besar Singapura pada usia 91 tahun.

Pedati meriam yang mengusung keranda Almarhumah Puan Noor Aishah tiba di Tanah Perkuburan Negara Kranji tepat pada pukul 2.30 petang.

Suasana sayu dan hiba apabila jenazah diusung ke khemah di mana para anggota keluarga dan kenalan rapat menanti.

Turut hadir ialah Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.

Jenazah Puan Noor Aishah selamat dikebumikan sekitar pukul 3.00 petang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Almarhumah Puan Noor Aishah dikenang sebagai tonggak sokongan bagi Presiden pertama Singapura, Almarhum Yusof Ishak, sepanjang era penting kepimpinannya dari 1959 hingga 1970.

Jenazah Almarhumah Puan Noor Aishah dikebumikan bersebelahan jenazah suaminya Almarhum Yusof Ishak.

Tanah Perkuburan Negara Kranji dikhaskan untuk pengebumian para individu yang telah menyumbang secara signifikan kepada Singapura.

Presiden kedua Singapura mendiang Benjamin Sheares juga dikebumikan di tanah perkuburan tersebut selepas beliau meninggal dunia pada 1981.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita