Jenazah mangsa nahas Tampines, Afifah Munirah Md Azril, dibawa pulang ke rumah tengah hari Selasa
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jenazah mangsa nahas di Tampines, Allahyarhamha Afifah Munirah Muhammad Azril, yang juga merupakan pelajar tahun pertama Maktab Rendah Temasek (TJC), dijangka dibawa pulang ke rumah sekitar waktu tengah hari nanti (23 Apr).
Ini dikongsikan oleh bapa saudaranya, Encik Firdaus Kassim, menerusi catatan Facebooknya.
Bapa Allahyarhamha Afifah pula, Encik Muhammad Azril, sudah selesai menjalani pembedahan dan sedang dirawat di hospital. Beliau mengalami kecederaan pada tulang belakangnya.
Seorang lagi korban nahas dikenal pasti sebagai Allahyarhamha Norzihan Juwahib. Beliau wanita berusia 57 tahun yang berada dalam sebuah van semasa kemalangan berlaku.

SEKOLAH "SANGAT DUKACITA"
Sementara itu, menjawab pertanyaan BERITA Mediacorp, pengetua Maktab Rendah Temasek menyatakan pihaknya "sangat berdukacita atas pemergian salah seorang pelajar kami".
TJC juga sedang berhubungan dengan keluarga Allahyarhamha Afifah dan akan menghulurkan bantuan tambahan kepada para pelajar dan kakitangan yang mungkin terjejas oleh insiden tragis ini.

Secara keseluruhan, lapan orang, termasuk Allahyarhamha Afifah dan Allahyarhamha Norzihan, dibawa ke hospital akibat nahas yang berlaku di persimpangan antara Tampines Avenue 1 dengan Tampines Avenue 4 pada Isnin (22 Apr).
Mangsa paling muda merupakan seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun.
Polis menyatakan seorang pemandu kereta lelaki berusia 42 tahun sedang membantu dalam siasatan yang sedang dijalankan.
Enam kenderaan terlibat dalam kemalangan: Empat kereta, sebuah van dan sebuah bas mini.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan tersebut pada sekitar 7.05 pagi semalam (22 Apr).

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.