Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jenayah di S'pura naik 7% dalam separuh pertama 2019; kebanyakan disebabkan kes penipuan

Jumlah jenayah yang dilaporkan di Singapura meningkat sebanyak tujuh peratus pada separuh pertama tahun ini kepada 16,745 kes berbanding 15,649 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu. Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Jumaat (30 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Aug 2019 03:14PM Dikemas Kini : 30 Aug 2019 09:44PM

SINGAPURA: Jumlah jenayah yang dilaporkan di Singapura meningkat sebanyak tujuh peratus pada separuh pertama tahun ini kepada 16,745 kes berbanding 15,649 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu. Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Jumaat (30 Ogos).

Menurut kenyataan media polis, peningkatan itu sebahagian besarnya disebabkan oleh penipuan e-dagang, penipuan pinjaman, layanan seks sebagai ganjaran dan penipuan cinta Internet yang secara keseluruhan membentuk 80 peratus daripada 10 jenis penipuan utama yang dilaporkan pada enam bulan pertama 2019.

(Gambar fail: Reuters)

Bilangan kes yang dilaporkan bagi kesemua empat jenis penipuan itu melonjak hampir 60 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2018.

Polis menambah bahawa jika kes yang berkaitan dengan sepuluh jenis penipuan utama dikecualikan, peningkatan jumlah jenayah yang dilaporkan pada separuh pertama 2019 adalah hanya 0.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Penipuan e-dagang membentuk jumlah tertinggi kes yang dilaporkan dalam kalangan semua jenis penipuan pada enam bulan pertama tahun ini, dengan peningkatan 42 peratus kepada 1,435 cases dan mengakibatkan wang bernilai S$1.2 juta dilesapkan daripada mangsa secara keseluruhannya

Jumlah wang paling besar yang ditipu dalam satu-satu kes pada separuh pertama 2019 bernilai S$43,000.

Peratusan penipuan semua penipuan e-dagang yang berlaku di Carousell merosot dari 74 peratus pada separuh pertama 2018 kepada 53 peratus untuk tempoh sama.

Polis mengaitkan kemerosotan pada jumlah kes antipenipuan itu dengan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Carousell dalam wadah pasaran onlinenya. Bagaimanapun, terdapat peningkatan pada penipuan e-dagang di wadah digital yang lain.

LONJAKAN PADA PENIPUAN PINJAMAN, LAYANAN SEKS SEBAGAI GANJARAN DAN CINTA INTERNET

Penipuan pinjaman juga menyaksikan kelonjakan 120 peratus kepada 692 kes dengan jumlah keseluruhan yang ditipu daripada mangsa pada separuh pertama 2019 adalah sekurang-kurangnya S$2.2 juta. Ini berbanding S$670,000 bagi tempoh sama pada 2018.

Layanan seks sebagai ganjaran naik sebanyak 118 peratus kepada 456 kes dengan jumlah wang yang dilesapkan daripada mangsa meningkat kepada S$1.1 juta pada enam bulan pertama 2019, melonjak dari S$464,000 dalam tempoh sama pada tahun lalu. Wadah paling biasa digunakan untuk melakukan penipuan itu adalah kad iTunes dan Alipay.

Penipuan cinta Internet juga meningkat sedikit sebanyak enam peratus kepada 306 kes.

Jumlah wang yang ditipu akibat penipuan cinta Internet melonjak 46 peratus, dengan peningkatan sebanyak S$5.4 juta kepada S$17.1 juta - naik dari S$11.7 juta dalam tempoh sama pada 2018. Jumlah terbesar yang ditipu dalam satu-satu kes pada enam bulan pertama 2019 bernilai S$2,417,681.

Poster-poster yang memberi amaran kepada orang ramai terhadap penipuan online. (Gambar: SPF)

Pasukan Polis Singapura (SPF) menubuhkan Pusat Antipenipuan yang baru (ASC) dalam Jabatan Ehwal Komersil (CAD), dengan tumpuan untuk meleburkan operasi para penipu di samping membantu mengurangkan kerugian para mangsa.

KES PENCABULAN KEHORMATAN NAIK

Jumlah kes pencabulan kehormatan naik lima peratus kepada 837 kes pada enam bulan pertama 2019 berbanding 797 bagi tempoh sama tahun lalu.

Kes cabul kehormatan dalam pengangkutan awam turun 9.8 peratus kepada 119 kes, dengan kes yang berlaku dalam bas awam serta kereta api MRT atau LRT merosot 20.6 peratus kepada 81 kes.

Polis mengaitkan kemerosotan kes tersebut dengan kesedaran dan kewaspadaan awam yang meningkat, rondaan polis serta makluman yang disediakan di bas mahupun kereta api.

Namun begitu, jumlah kes mencabul kehormatan dilaporkan di pusat pertukaran bas dan stesen MRT atau LRT melonjak 26.7 peratus kepada 38 berbanding 30 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Kes mencabul kehormatan di pusat beli-belah naik 31.4 peratus kepada 67 kes berbanding 51 kes bagi tempoh sama pada 2018.

Skim 'Riders-on-Watch' (ROW), dilancarkan oleh Komand Keselamatan Pengangkutan Awam, mendampingi anggota masyarakat dengan para relawan ROW menjadi yang pertama untuk memberi respons terhadap ancaman dalam pengangkutan awam.

Para relawan itu ditugaskan untuk mengawasi individu atau barang yang mencurigakan dan memaklumkan pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan