Jemaah umrah SG selamat lahirkan bayi lelaki di Makkah
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: SPA)
MAKKAH: Seorang jemaah umrah Singapura, selamat melahirkan bayinya di kota Makkah, lapor Saudi Gazette.
Bayi lelaki itu dilahirkan secara normal dan kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, menurut sumber perubatan.
Jemaah tersebut, yang hamil sembilan bulan, dimasukkan ke Pusat Kecemasan 3 Masjidil Haram di bawah Kelompok Kesihatan Makkah pada pagi Rabu (24 Mei).
Nama serta butiran lanjut jemaah Singapura itu bagaimanapun tidak didedahkan dalam laporan Saudi Gazette.
Pasukan perubatan di pusat tersebut kemudian bergegas untuk membantu jemaah berusia 30-an tahun itu selepas beliau mula merasakan sakit bersalin dan membantunya melahirkan bayi secara normal.
Ibu dan bayi tersebut dipindahkan ke Hospital Ibu dan Kanak-Kanak bagi pemeriksaan susulan dan rawatan sewajarnya.
Laporan Saudi Gazette itu menukil Kelompok Kesihatan Makkah sebagai menyatakan: "Kami berkongsi kegembiraan jemaah umrah itu dan keluarganya, dan rasa syukur bagi semua kakitangan perubatan kami.
Hospital Kecemasan Ajyad serta Hospital Al-Haram dan Pusat Kecemasan bersedia mengerahkan semua pasukan kerja di hospital dan pusat kecemasan bagi menyediakan khidmat jagaan kesihatan yang diperlukan bagi jemaah dan pengunjung Masjidil Haram."
Kelompok Kesihatan Makkah mengesahkan kesiapsiagaan penuh semua kemudahan hospital dan pusat kecemasan di Masjidil Haram bagi menawarkan khidmat jagaan kesihatan yang sebaik mungkin.
Hospital Kecemasan Ajyad berupaya menyediakan khidmat perubatan kepada lebih 42,000 orang menerusi jabatan kecemasan bagi pengunjung, jemaah umrah, rakyat dan penduduk pada tahun 2022.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.