Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jemaah S'pura selamat lontar 3 jamrah; sebahagian selesai tawaf haji

Anggaran Waktu Membaca:
MINA: Para jemaah haji Singapura sejauh ini melakukan ibadah melontar ketiga-tiga jamrah di Mina dalam keadaan cukup lancar dan teratur.

Syarat bermabit atau bermalam di Mina juga berjaya disempurnakan tanpa masalah.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli turut sama-sama dalam pergerakan tersebut.

Sebahagian jemaah malah sudahpun melakukan tawaf dan sai ifadah atau haji, menjelang berakhirnya musim haji kali ini.

Lontaran pertama ketiga-tiga jamrah di Mina berjaya dijalankan tanpa sebarang masalah.

Malah Menteri Masagos Zulkifli bersama-sama para jemaah Singapura sebagai satu rombongan.

"Rasanya perjalanan tadi lancar walaupun orang ramai tetapi tidak sesak seperti yang saya tengok kalau dekat TV dulu-dulu lagi sesak," kata seorang jemaah haji.

"Sebagaimana yang ustaz sudah nasihatkan kita, berikan kita arahan bermabit di Mina, selepas masuk azan Subuh itu kita terus mulakan melontar. Memang tidak disangka tidak berapa ramai orang tidak sesak, tidak ada rempuhan," ujar seorang jemaah lain.

Perjalanan dari tempat penginapan para jemaah haji di Shisha adalah sekitar 2 kilometer dan 4 kilometer ulang-alik.

Rata-rata para jemaah berasa berpuas hati kerana bimbingan dan tunjuk ajar para pegawai haji Singapura.

"Ramai orang sesak jugalah. Tapi alhamdulillah senang jugalah. Ada pegawai. Arahkan jalan macam itu. Alhamdulillah semua alhamdulillah," kata seorang jemaah haji.

Selain menyempurnakan ibadah melontar, sebahagian jemaah haji Singapura juga sudahpun menyelesaikan rukun Tawaf dan Sai haji di Masjidil Haram sejak dua hari lalu.

Meskipun sesak, mereka dapat melakukan tawaf dan sai dengan lancar tanpa kejadian yang tidak diingini.

"Memang sesak sikit pada waktu itu. Tapi tidaklah macam kita bertolak-tolak sangat. Jadi dapat menjalankan tawaf ifadah dengan baik. Dan memang saya pun rasa gembira dapat tengok lautan manusia yang sebanyak gitu melakukan ibadah Haji ini. Mashaallah," ujar seorang jemaah.

"Sebenarnya seronok, seronok walaupun ia sukar tetapi saya menikmatinya kerana melalui setiap langkah, dengan Tawaf dan kemudian Sai serta perjuangannya. Saya fikir ia menarik," kata seorang jemaah.

Pada Rabu (13 Jul), para jemaah haji Singapura akan berpindah ke hotel-hotel di sekeliling Masjidil Haram dan Masjid Nabawi untuk baki perjalanan haji mereka kali ini.

Kumpulan pertama jemaah akan berangkat pulang pada 16 Julai ini.
Sumber : BERITA Mediacorp/AZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan