Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jemaah S'pura harus bersikap fleksibel, bersedia buat penyesuaian jika dibenar tunai haji pada saat akhir

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Mar 2022 08:16PM Dikemas Kini : 29 Mar 2022 10:06PM

SINGAPURA: Para jemaah haji Singapura dinasihatkan supaya bersikap fleksibel dan bersedia untuk membuat penyesuaian jika keputusan Arab Saudi untuk membenarkan pelaksanaan haji dimaklumkan pada saat-saat akhir.

Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli, menyusuli pertemuannya bersama Menteri Haji dan Umrah Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al Arabiah.

Encik Masagos kini berada di Saudi bagi lawatan kerja dan mengadakan perbincangan tentang urusan haji Singapura.

Ketua Eksekutif Muis, Kadir Maideen, Duta Singapura ke Arab Saudi Wong Chow Ming, serta para pegawai Muis juga hadir di pertemuan dengan Menteri Al Rabiah. (Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook)

Encik Masagos menambah beliau sudah menyampaikan hasrat masyarakat Islam Singapura untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

(Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook)

Namun begitu, beliau maklum perancangan dan penyelarasan ibadah haji untuk jutaan jemaah dari merata dunia bukanlah mudah.

Lantaran itu, Encik Masagos mengatakan sukar untuk Singapura mendapat tahu awal jika jemaah kita akan dapat menunaikan ibadah haji kali ini.

Walau apapun keputusan pihak berkuasa Saudi kelak, Encik Masagos menambah ia akan dibuat untuk kebaikan dan kepentingan para jemaah itu sendiri.

Sumber : BERITA Mediacorp/IA/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan