Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jemaah haji S'pura jalani program suai kenal di Mina jelang Wukuf di Arafah

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Kesemua 900 jemaah haji Singapura semakin giat membuat persiapan menjelang Wukuf di Arafah pada Jumaat (8 Jul).

Hari ini (5 Jul), program orientasi ke kompleks melontar jamrah di Mina diadakan melibatkan para jemaah Shahidah Travel.

Program ulang kaji manasik haji dan persiapan mental serta fizikal juga diperhebatkan oleh pihak GSA.

Para jemaah haji Singapura berulang-alik dari penginapan mereka di Shisha ke kompleks melontar jamrah di Mina untuk program orientasi menjelang permulaan haji kali ini.

Matlamatnya adalah supaya para jemaah haji Singapura mengenali tapak-tapak penting di Mina dan lokasi serta arah pulang ke penginapan di Shisha.


"Ia memberi peluang untuk merasakan dulu bagaimana keadaan nanti akan berlaku pada hari Wukuf pada 11,12, 13 Zulhijjah nanti," ujar Encik Hussein Shah Latif Shah, jemaah haji Singapura.


" Jaraknya lebih kurang 4 kilometer dari kawasan Shisha kami. Jadi, untuk tahu tempat jamrah, kita dapat agak-agak. Bagus untuk melatih diri kita juga bagi sesiapa yang kurang cergas," kata Encik Abdul Razak Osman, jemaah Singapura yang kali pertama menunaikan haji.

Selain program orientasi ke Jamrah, para jemaah juga memperhebat persiapan mental dan fizikal seperti ulang kaji manasik haji.

Kesemua 900 jemaah haji Singapura tahun ini akan mula berangkat ke Padang Arafah pada Khamis (7 Jul) sebelum ibadah wukuf bermula Jumaat ini.
Sumber : BERITA Mediacorp/nk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa