Jemaah haji SG terkandas dalam pesawat Saudi Airlines lebih 4 jam; diminta pulang ke rumah
Anggaran Waktu Membaca:
Sebahagian jemaah haji SG yang terkandas di Lapangan Terbang Changi pada 23 Jun 2023. (Gambar: Adventurer Ali)
SINGAPURA: Sekumpulan jemaah haji Singapura yang dijadual berlepas ke Jeddah menaiki pesawat Saudi Airlines pukul 4.30 pagi pada Jumaat (23 Jun) terpaksa turun dari pesawat itu selepas terkandas selama lebih empat jam disebabkan masalah teknikal.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang individu dengan nama adventurerali di akaun YouTube.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang individu dengan nama adventurerali di akaun YouTube.
Apabila dihubungi BERITAmediacorp, Pengarah TM Fouzy Travel, Tengku Madihah, mengesahkan insiden tersebut.
Menurut beliau, 79 jemaah yang terjejas adalah jemaah agensi tersebut manakala bakinya adalah jemaah agensi Hahnemann Travel dan Shahidah Travel.
Menurut beliau, 79 jemaah yang terjejas adalah jemaah agensi tersebut manakala bakinya adalah jemaah agensi Hahnemann Travel dan Shahidah Travel.
Menurut catatan pada video yang dimuat naik oleh adventurerali ke YouTube itu, para jemaah yang terjejas sudah tiba di Lapangan Terbang Changi seawal pukul 11.00 malam pada 22 Jun.
Selepas terkandas dalam pesawat Saudi Airlines lebih empat jam, para jemaah kemudian diminta turun dari pesawat sekitar pukul 8.00 pagi dan dinasihatkan supaya pulang ke rumah masing-masing terlebih dahulu. Mereka "akan dimaklumkan mengenai jadual baru penerbangan", menurut catatan itu lagi.

Tengku Madihah memberitahu BERITAmediacorp, buat masa ini pihaknya belum menerima kemas kini daripada pihak Saudi Airlines mengenai insiden tersebut. Namun beliau menambah, penerbangan baru para jemaah yang terjejas dijadual pada Sabtu 24 Jun, pukul 3.00 pagi.
BERITAmediacorp sedang menghubungi Hahnemann Travel dan Shahidah Travel untuk mendapatkan komen.
BERITAmediacorp sedang menghubungi Hahnemann Travel dan Shahidah Travel untuk mendapatkan komen.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.