Jemaah haji SG sihat, 84% sudah berada di Makkah dan Shisha
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menyatakan sekitar 84 peratus atau 1,000 jemaah haji Singapura sudah berada di kota Makkah, atau menginap di Shisha, kurang beberapa hari lagi sebelum kemuncak ibadah haji tahun ini.
Rata-rata para jemaah Singapura dilaporkan dalam keadaan sihat meskipun berdepan dengan cuaca panas yang boleh mencecah suhu maksimum purata 43 darjah Celsius.
"Buat masa ini, kerana aktiviti belum lagi padat, kami belum lagi berangkat ke Arafah, mereka dalam keadaan sihat, Alhamdulillah. Tapi adalah satu, dua jemaah yang memerlukan khidmat klinik MUIS disebabkan kekurangan air setelah umrah mereka kelmarin. Tapi Alhamdulillah, mereka dalam keadaan stabil dan beransur pulih Insya-Allah. Mereka disarankan untuk berada di dalam bangunan Shisha dan tidak keluar sekiranya tidak perlu. Mereka juga disarankan dan diingatkan untuk meminum banyak air dan kami juga sediakan buah-buahan pada setiap waktu makan," ujar Noor Faizah Mustaffa, Pengarah, Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd.
Setelah selesai mengerjakan umrah dan tawaf qudum, jadual para jemaah kini diisi dengan pelbagai program fizikal dan rohani.
Ini termasuk mengulangkaji manasik haji dan menjalani program kenal suai dari tempat penginapan jemaah di bangunan Shisha ke kompleks melontar jamrah di Mina.
Ini bagi menyesuaikan diri kepada jarak perjalanan ibadah haji kelak.
Meskipun ada pelbagai cabaran yang perlu dihadapi, para jemaah haji Singapura akur semuanya akan dapat diatasi hasil nasihat serta panduan yang diberikan pihak GSA.
"Cabaran-cabarannya memang ada tapi pasal kita dah bersedia lebih awal, kita dah berusaha untuk menjaga diri, berapa jauh kita jalan itu, macam mana kita rasa. Jadi tak susahlah nak sesuaikan diri," kongsi Cik Rahmah Md Nor, jemaah Haji Jalaluddin Travel.
"Program-program yang tadi kita jalan ke jamrah untuk melihat macam mana kita punya kekuatan kaki. Tadi saya tengok banyak seperti orang yang kurang upaya, mereka dengan kerusi roda dan kita nampak mereka bersungguh-sungguh, semangat untuk menghadapi segala ujian," ungkap Encik Mohamed Norr Majid, jemaah Haji Jalaluddin Travel.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.