Skip to main content

Singapura

Jemaah dijangka boleh rapatkan saf ketika solat berjemaah mulai 17 Mac

Anggaran Waktu Membaca:
Jemaah dijangka boleh rapatkan saf ketika solat berjemaah mulai 17 Mac

Suasana di Masjid Darul Ghufran semasa solat Jumaat pada 20 Ogos 2021.

Diterbitkan : 14 Mar 2022 05:21PM Dikemas Kini : 14 Mar 2022 05:25PM

SINGAPURA: Beberapa perubahan boleh dijangkakan bagi urusan solat berjemaah di masjid-masjid di sini mulai Khamis (17 Mac).

Ini seiring pengumuman Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) untuk melonggarkan beberapa Langkah Pengurusan Selamat (SMM) COVID-19.

Dalam catatan di laman Facebooknya, MUIS menyatakan pihaknya kini sedang melakukan penyesuaian dari segi penjarakan selamat semasa solat berjemaah.

Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, ini mungkin bermakna kembalinya amalan merapatkan saf semasa solat berjemaah, selain penambahan jumlah jemaah yang boleh melakukan ibadah solat Jumaat.

Menurut catatan Facebook Ketua Eksekutif MUIS Kadir Maideen, pihak pengurusan masjid-masjid kini sedang giat melakukan persiapan bagi menyambut lebih ramai jemaah.

Ini walaupun sebilangan sukarelawan masjid turut terjejas dengan penularan varian Omicron.

Namun buat masa ini, para jemaah masih perlu menempah ruang untuk dua solat Jumaat terakhir bulan Mac.

Ini selain terus kekal memakai pelitup dan membawa sejadah sendiri.

Tempahan untuk solat Jumaat dibuka esok, Selasa (15 Mac), mulai 10.00 pagi.

Sumber : BERITA Mediacorp/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita