Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jemaah diingatkan untuk laksanakan langkah-langkah keselamatan semasa solat Aidilfitri:MUIS

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para jemaah yang akan menunaikan solat Aidilfitri secara berjemaah di masjid pada 1 Syawal kelak digalak untuk terus mengamalkan langkah-langkah keselamatan.

Ini memandangkan jumlah jemaah yang dibenarkan mendirikan solat Aidilfitri pada tahun ini jauh lebih banyak iaitu sebanyak 153,250 berbanding sekitar 17,000 tahun lalu.



"MUIS menjangkakan ramai masyarakat kita pada pagi Hari Raya nanti jadi saya mengajak masyarakat semua untuk melibatkan diri untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan sepertimana yang kita lakukan sekarang.

"Ini dengan membawa sejadah ke masjid, melakukan wuduk di rumah dan juga memakai pelitup sepenuh masa ataupun semasa mereka di masjid," nasihat Dr Albakri.

Untuk memastikan lebih ramai yang dapat mendirikan solat Aidilfitri tahun ini, beberapa masjid juga akan menyediakan sehingga tiga sesi solat tahun ini.

Oleh itu buat masa sekarang MUIS belum ada rancangan untuk membuka ruang-ruang solat lain seperti di kolong-kolong blok ataupun stadium - seperti sebelum pandemik dahulu.



"Di kolong-kolong blok juga memerlukan tenaga kerja untuk memastikan bahawa langkah-langkah keselamatan diadakan. Jadi buat masa ini kami tidak akan adakan di kolong-kolong blok kerana tempat-tempat di masjid itu mencukupi," jelas Dr Albakri.

Bagi yang tidak mendapat slot bagi menunaikan solat Aidilfitri di masjid dan memilih untuk mendirikannya di rumah, mereka masih boleh mengikuti khutbah secara langsung menerusi wadah online.

"Kami akan teruskan usaha-usaha sebagaimana yang kami lakukan pada tahun-tahun lalu - mengadakan siaran lintas solat Hari Raya melalui SalamSG TV. Namun kami juga mengajak mereka yang akan melakukan solat di rumah untuk mengikuti khutbah solat Hari Raya yang akan disampaikan oleh Mufti Singapura," tambah Dr Albakri.

Wadah online SalamSG TV mula diperkenalkan dua tahun lalu semasa Aidilfitri disambut di tengah-tengah tempoh pemutus rantaian jangkitan atau 'circuit breaker'.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan