Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jemaah dalam keadaan baik dan bersemangat untuk mulakan rukun Islam kelima, kata Ketua Delegasi Haji SG

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Jun 2024 07:44PM Dikemas Kini : 13 Jun 2024 08:53PM
SINGAPURA: Ketua Delegasi Haji Singapura Dr Mohamad Maliki Osman berkata para jemaah dalam keadaan baik dan bersemangat untuk mulakan rukun Islam kelima itu.

Beliau turun padang bertemu dengan para jemaah dari agensi-agensi pelancongan TM Fouzy Travel & Tours dan juga Jalaluddin Travel & Services yang kini berada di Shisha, Makkah.

Demikian menurut kemas kini Dr Maliki menerusi Facebook.
Semasa lawatan itu, Dr Maliki juga mengambil kesempatan untuk mengingatkan para jemaah agar sentiasa sentiasa minum air di tengah-tengah cuaca panas di sana, serta menyokong satu sama lain.
Dr Maliki juga memuji komitmen dan dedikasi para pegawai dan kakitangan dalam menjaga kesejahteraan dan keselamatan para jemaah, yang disifatkannya sebagai "sangat mengagumkan".
Ada jemaah yang berkongsi kepada Dr Maliki tentang kegembiraan mereka berada di tanah suci sekarang.

Menurut laporan terkini Berita Mediacorp, sekitar 1,400 jemaah Singapura akan menunaikan Haji tahun ini iaitu lebih ramai berbanding kuota rasmi 900 jemaah.
Sumber : BERITA Mediacorp/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan