JEM, Westgate antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit
Pusat beli-belah JEM dan Westgate pada Ahad (16 Mei) ditambah kepada senarai tempat-tempat awam yang dikunjungi oleh kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit mereka.
SINGAPURA: Pusat beli-belah JEM dan Westgate pada Ahad (16 Mei) ditambah kepada senarai tempat-tempat awam yang dikunjungi oleh kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit mereka.
Pusat beli-belah lain dalam senarai itu termasuk Tampines 1, White Sands, Boon Lay Shopping Centre, Junction 8, Changi City Point, Market Square @ Downtown East dan Bedok Mall.
Turut tersenarai adalah beberapa pasar raya serta kedai kopi dan kedai makan termasuk Old Airport Road Food Centre & Shopping Mall, Kimly Coffeeshop di 444 Pasir Ris Drive 6 dan Koufu di Rivervale Plaza.
Senarai tempat-tempat baru itu adalah seperti berikut:
Senarai itu tidak termasuk tempat-tempat kediaman, tempat kerja, kemudahan jagaan kesihatan dan pengangkutan awam.
Mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes disahkan sudahpun dimaklumkan oleh MOH.
Sebagia langkah berjaga-jaga, individu yang berada di lokasi tersebut pada waktu dinyatakan perlu memantau kesihatan mereka dengan teliti untuk 14 hari daripada tarikh kunjungan mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.