Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

‘Jelmaan Panji-Panji Hitam’ - karya terbaru seniman veteran Salleh Japar soal jatidiri Melayu/Islam

Sudah tiga dekad menceburi bidang seni halus, Encik Salleh Japar antara seniman veteran tempatan yang terus giat berkarya.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Sudah tiga dekad menceburi bidang seni halus, Encik Salleh Japar antara seniman veteran tempatan yang terus giat berkarya.

Diiktiraf di dalam dan luar negara, pencapaian Encik Salleh termasuk mewakili Singapura di pameran berprestij Venice Biennale serta pameran di Australia dan Korea.

Sering mengkaji akarnya, karya terbaru beliau bertajuk ‘Jelmaan Panji-Panji Hitam’ meluahkan dan menyoal idea-idea tentang jatidiri Melayu/Islam.

Ia ditampilkan dalam pameran bertajuk ‘Still’ di Maktab Seni Lasalle dan merupakan projek bersama antara dua pensyarah termasuk dirinya dan sekumpulan pelajar yang menggabungkan disiplin seni halus dengan komunikasi rekaan.

Karya-karya seniman veteran Salleh Japar di pameran 'Still' di Lasalle. (Gambar-gambar: Emillia Amin/BERITAMediacorp)

Encik Salleh percaya seni membuka ruang untuk membincangkan pelbagai isu masyarakat. Karyanya yang terbaru juga mempunyai tujuan yang sama.

"Kebanyakan simbol adalah daripada benda-benda lama, benda perang lama. Konteks tentang panji-panji Islam dan misteri panji-panji Islam itu adalah isu semasa. Idea panji-panji Islam itu bukan satu perkara negatif tetapi satu perkara untuk meningkatkan dan memberi gambaran apakah itu Islam," jelas Encik Salleh.

‘Panji-panji hitam’ adalah cetusan daripada keadaan semasa yang memperlihatkan penggunaan panji-panji hitam oleh kumpulan militan ISIS.

Ia menempatkan identiti Muslim di tengah-tengah realiti hari ini yang berdepan dengan tanggapan mengaitkan Islam dengan keganasan.

Menggunakan pelbagai motif dan simbol kesenian Melayu, Islam dan agama-agama lain, ia menonjolkan nilai-nilai kebaikan dalam agama yang bersifat sejagat.

"Saya rasa kerja seni kalau dikaji bukan saja untuk meluahkan ekspresi atau emosi tetapi kita cuba titik beratkan tentang disiplin, tentang maruah harga diri dan maruah bangsa serta isu-isu masyarakat, politik dan sebagainya", ujar Encik Salleh.

Encik Salleh berpendapat, penulisan mengenai seni kontemporari Melayu masih kekurangan. Namun, karya-karya ini sebenarnya berupaya membuka ruang-ruang perbincangan sihat tentang kehidupan beragama dan budaya masyarakat Melayu/Islam.

Pameran ‘Still’ menampilkan karya-karya Encik Salleh Japar dibuka hingga 27 Februari ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan