jelasBERITA: Usaha SG banteras gejala dan bahaya vape, Kpod
Di kebanyakan negara, vape digambarkan sebagai "alternatif yang lebih selamat" berbanding merokok.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Di kebanyakan negara, vape digambarkan sebagai "alternatif yang lebih selamat" berbanding merokok.
Di Singapura pula, vape diharamkan.
Sungguhpun demikian, semakin ramai orang - dengan kebanyakannya belia, masih ditangkap.
Dalam masa dua tahun sahaja, jumlah individu yang ditangkap kerana memiliki atau menggunakan vape melonjak, daripada 5,000 pada tahun 2022 kepada hampir 10,000 dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu.
Kini, timbul pula bahaya baharu iaitu Kpod - atau pod vape yang dicampur dengan dadah.
Pertama sekali, alat vape mula muncul di Singapura lebih sedekad lalu, melalui pengunjung yang tiba di Singapura atau penjual online, malah juga dari rakan-rakan di luar negara.
Pada awalnya, undang-undang tertumpu kepada import dan penjualan vape.
Namun apabila ia mula dikesan di sekolah dan kawasan kejiranan, Singapura mengambil langkah lebih tegas.
Mulai 2018, orang ramai dilarang memiliki, membeli atau menggunakan apa pun jenis vape.
Ini walaupun jika anda membelinya dari luar negara.
Undang-undang yang dikuatkuasakan tegas,tetapi pasaran gelap tetap berkembang.
Perangkaannya jelas meningkat.
Sekitar 5,000 orang ditangkap atas kesalahan berkaitan vape pada tahun 2022.
Pada tahun 2023, bilangannya melonjak kepada hampir 7,900.
Pada tahun seterusnya, pihak berkuasa memberkas hampir 9,700 orang dalam tempoh sembilan bulan pertama sahaja.
Tahun ini pula, seramai 1,900 orang ditangkap antara September dengan November.
Ini bermakna, kira-kira 30 orang ditangkap setiap hari.
Ramai daripada mereka adalah golongan muda.
Beberapa kajian membayangkan bahawa sekitar sepertiga daripada mereka yang ditangkap berusia bawah 18 tahun.
Persoalannya - mengapa sangat mudah untuk "menjual" vape kepada belia?
Jawapannya ada kaitan dengan cara alat vape itu dihasilkan dan dipasarkan.
Alat vape dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan saiz, tetapi kebanyakannya mempunyai komponen utama yang sama.
Ia mempunyai pod yang menyimpan cecair - yang selalunya berperisa dan kadangkala mengandungi nikotin.
Di dalamnya, terdapat gelung dan sumbu kecil yang memanaskan cecair itu menjadi wap halus.
Sensor dan cip yang ada pula akan mengesan apabila seseorang menyedut alat itu.
Di bahagian bawahnya, terdapat bateri yang boleh dicas semula, yang membekalkan kuasa kepada keseluruhan alat tersebut.
Secara tersendiri, cecair itu boleh menyebabkan ketagihan.terutamanya jika ia mengandungi nikotin.
Bagaimanapun, reka bentuk yang sama juga menjadikannya sangat mudah untuk menambahkan dadah lain ke dalam cecair tersebut.
Kpod adalah pod vape yang biasanya dicampur dengan etomidate - iaitu sejenis anestetik kuat yang digunakan di hospital untuk menenangkan pesakit dengan pantas
sebelum mereka menjalani pembedahan.
Di bilik pembedahan, etomidate digunakan di bawah penyeliaan perubatan yang ketat.
Dalam pod vape, yang dibeli di luar kelab malam atau melalui platform media sosial seperti Telegram, penggunaannya sangat berbeza.
Pengguna melaporkan mengalami rasa khayal yang kuat, seolah-olah dalam mimpi.
Manakala para doktor melihat kesan buruknya - yang mengakibatkan sawan, masalah pernafasan, rebah secara tiba-tiba.
Sebilangan kes pula dikaitkan dengan kematian tidak semula jadi dan kemalangan.
"Anda benar-benar terapung dan rasa khayal. Tetapi orang yang berada di depan anda tidak dapat menyedarinya. Dan ia bukan sahaja tentang kesulitannya. Ia tentang merasakannya lagi.
"Jadi, satu sedutan akan membuat anda rasa khayal. Akhirnya, satu sedutan tidak akan berbuat apa-apa. Kemudian, 10 sedutan akan membolehkan anda rasa lebih khayal, dan selepas ini, 10 sedutan tidak akan memberi anda apa-apa," kata seorang bekas pengguna Kpod, "John".
Pod itu semakin digunakan oleh golongan muda dan belia yang mungkin tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya menyedut ubat hospital.
Maka itu, lonjakan penggunaan Kpod menyebabkan Singapura menganggap
vape bukan sekadar isu tembakau, tetapi sebagai masalah dadah.
Singapura sudah pun mengharamkan alat vape.
Tetapi Kpod memaksa pemerintah untuk mengambil langkah lebih tegas.
Mulai 1 September 2025, etomidate dan bahan kimia yang serupa diklasifikasikan sebagai dadah terkawal.
Hukuman bagi vape yang dicampur dengan dadah pula bertambah berat.
Bagi para pengguna, ia bermakna denda lebih tinggi dan mungkin juga pemulihan mandatori terutama sekali bagi para pesalah berulang.
Bagi pengimport dan penjual Kpod, mereka boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan dihukum rotan.
Warga asing yang didapati menggunakan vape pula boleh dihantar pulang ke negara asal dan dilarang daripada memasuki semula ke dalam Singapura.
Di Singapura, vape bukan satu produk gaya hidup.
Ia dianggap sebagai perbuatan haram dan berbahaya.
Dan bagi penggunaan Kpod pula, ia adalah satu kesalahan dadah.

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.