jelasBERITA: Tarif Trump dan kesannya terhadap Asia
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semasa mengumumkan "Make America Wealthy Again" di Rumah Putih pada 2 Apr 2025 di Washington, DC. (Gambar: Chip Somodevilla/Getty Images melalui AFP)
SINGAPURA: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyifatkan Rabu (2 Apr) sebagai “salah satu hari paling penting, pada pendapat saya, dalam sejarah Amerika” sedang beliau mengumumkan pelaksanaan tarif baharu ke atas seluruh dunia.
Ia adalah sebahagian daripada rancangan Encik Trump untuk menangani ketidakseimbangan perdagangan, dan pengumuman itu akan menyebabkan ekonomi Asia berdepan dengan tarif yang lebih tinggi dan dinaikkan secara mendadak.
Apa itu tarif "timbal balik"?
Pertama, tarif ialah cukai yang dikenakan ke atas import buatan negara asing.
Dengan tarif timbal balik, Amerika merancang untuk mencerminkan duti import yang dikenakan oleh negara-negara lain ke atas barangan buatan Amerika.
Ekonomi terbesar di dunia itu secara umumnya mempunyai tarif yang lebih rendah berbanding tarif yang dikenakan oleh negara-negara yang berdagang dengannya.
Di bawah pimpinan Encik Trump, Rumah Putih telah mengkritik ketidakseimbangan itu.
Sebagai contoh, Amerika memetik tarif 2.7 peratus ke atas beras berbanding 80 peratus oleh India, 40 peratus oleh Malaysia dan 31 peratus oleh Turki.
Tetapi ia tidak semudah memadankan tarif.
Pentadbiran Encik Trump berkata bahawa dalam menentukan "kadar setara dengan tarif timbal balik" dengan setiap rakan dagang, Amerika bukan sahaja melihat pada duti import tetapi juga amalan lain yang dianggap tidak adil.
Sebahagian daripadanya termasuk cukai nilai tambah, subsidi pemerintah, taktik memanipulasi mata wang, amalan pemindahan teknologi dan kekurangan perlindungan hak cipta intelektual.
Apakah tarif baharu untuk Asia?
Amerika mengenakan tarif universal 10 peratus ke atas semua import.
Ini akan berkuat kuasa pada Sabtu (5 Apr) pukul 12.01 tengah malam waktu tempatan (12.01 tengah hari, waktu Singapura).
Mulai Rabu depan (9 Apr), Amerika juga akan mengenakan tarif timbal balik yang lebih tinggi ke atas hampir 60 ekonomi yang mempunyai defisit perdagangan terbesar.
Di Asia, ini termasuk:
Kemboja – 49 peratus
Laos – 48 peratus
Vietnam – 46 peratus
Myanmar – 45 peratus
Thailand – 37 peratus
China - 34 peratus
Indonesia – 32 peratus
Taiwan – 32 peratus
India – 27 peratus
Korea Selatan – 26 peratus
Brunei – 24 peratus
Jepun – 24 peratus
Malaysia – 24 peratus
Filipina – 18 peratus
Kadar ini termasuk garis dasar 10 peratus.
Singapura - satu-satunya negara di ASEAN yang mempunyai lebihan perdagangan dengan Amerika - menghadapi tarif asas 10 peratus.
Jumlah kadar tarif China, sementara itu, akan berjumlah 54 peratus kerana levi timbal baliknya melebihi 20 peratus sedia ada yang dikenakan awal tahun ini.
Encik Trump bagaimanapun tidak memberikan alasan khusus di sebalik kadar tarif yang dikenakannya itu.
Tetapi pada Isnin, Wakil Perdagangan Amerika (USTR) mengeluarkan laporan tahunan yang menilai halangan perdagangan dengan ekonomi-ekonomi lain. Ini memberikan beberapa petunjuk.
Sebagai contoh, dalam kes Vietnam, USTR kurang senang terhadap larangan import negara itu ke atas barangan tertentu; peraturan bagi barangan farmaseutikal, peranti perubatan dan produk teknologi maklumat; undang-undang keselamatan makanan; dan kegagalan untuk menghalang pemalsuan dan cetak rompak, antara lain.
Mengapa sebenarnya Trump melakukan semua ini?
Tarif berbentuk tindak balas ini adalah taktik biasa dalam pertikaian perdagangan dua hala. Tetapi sifat menyeluruh tarif yang dikuatkuasakan - yang akan menjejas semua negara - telah disifatkan sebagai sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Encik Trump telah mengutamakan usaha untuk mengurangkan defisit perdagangan Amerika, iaitu apabila import sesebuah negara melebihi eksport mereka, sebagai huraian kepada masalah ekonomi Amerika.
Tahun lalu, Amerika mengalami defisit dagangan barangan yang mencecah paras rekod sebanyak AS$1.21 trilion. Jumlah defisit perdagangan tahunannya merangkumi barangan dan perkhidmatan ialah AS$918.4 bilion.
Defisit perdagangan barangan terbesar Amerika ialah dengan China (AS$295.4 bilion), Kesatuan Eropah (AS$235.6 bilion), Mexico (AS$171.8 bilion), Vietnam (AS$123.5 bilion) dan Ireland (AS$86.7 bilion).
Semua ini bagai duri dalam daging kepada Encik Trump. Perintah eksekutifnya pada Rabu (2 Apr) berulang kali merujuk kepada defisit perdagangan barangan tahunan yang "besar dan berterusan" dan "ketidakseimbangan" yang menyebabkannya.
Beliau juga menyalahkan ketidakseimbangan perdagangan atas kemerosotan kapasiti pengilangan dan pekerjaan di Amerika; dan menyebabkan sektor perindustrian pertahanannya bergantung kepada "musuh asing".
"Ia adalah satu perisytiharan kemerdekaan ekonomi kami," kata Encik Trump di Rumah Putih.
"Selama bertahun-tahun, rakyat Amerika yang bekerja keras terpaksa menggigit jari dan berputih mata kerana negara-negara lain menjadi kaya dan berkuasa, sebahagian besarnya daripada perbelanjaan kita. Tetapi kini, giliran kita untuk makmur."
Bagaimanakah reaksi Asia?
Menjelang apa yang disifatkan sebagai "Hari Pembebasan" pada Rabu 92 Apr), pemerintah-pemerintah dunia berlumba-lumba cuba melobi dan merundingkan perjanjian dengan Amerika dalam usaha untuk mengelakkan tarif yang lebih tinggi.
Kesannya:
- Kementerian Perdagangan China berikrar akan bertindak balas jika Amerika tidak segera membatalkan tarif terbaharunya
- Kementerian Perdagangan India sedang menganalisis kesannya, dengan media tempatan melaporkan seorang pegawai menyifatkan tarif baharu itu "sebagai bercampur-campur dan bukan satu kegenjotan"
- Menteri Perdagangan Jepun menuntut pengecualian dan menyuarakan "kebimbangan serius" sama ada tarif itu konsisten dengan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)
- Pemangku Presiden Korea Selatan mengarahkan langkah sokongan kecemasan untuk perniagaan-perniagaan yang terjejas, termasuk kereta, dan meminta Menteri Perdagangan untuk berunding dengan Amerika bagi mengurangkan kesan daripada tarif tersebut
Apakah kesannya?
Sejak Encik Trump mula-mula mengumumkan rancangan perdagangannya pada Februari, para ahli ekonomi berpendapat bahawa tarif yang lebih tinggi boleh menaikkan harga pengguna dan memperlahankan pertumbuhan ekonomi di Amerika sendiri.
Inflasi juga boleh meningkat sedang Amerika bergelut untuk meningkatkan kapasiti pengilangannya dan rantaian bekalan pula akan menyalurkan kos kepada pengguna, katanya.
"Para pengguna di Amerika mungkin akan mengurangkan perbelanjaan mereka disebabkan oleh import yang lebih mahal, dan syarikat-syarikat perniagaan mungkin menangguhkan perbelanjaan modal di tengah-tengah ketidakpastian tentang impak penuh tarif dan potensi tindak balas daripada rakan-rakan perdagangan Amerika," tambahnya.
Di Asia Tenggara, selain kesan langsung daripada tarif yang lebih tinggi, impak peringkat kedua mungkin timbul daripada pertumbuhan lebih perlahan dalam kalangan rakan-rakan perdagangan utama di rantau itu - China dan Amerika, kata pakar ekonomi kanan DBS Group Chua Han Teng dan Radhika Rao dalam nota yang diterbitkan pada Mac.
Amaran ini berterusan selepas pengumuman hari Rabu.
Tarif itu menimbulkan kebimbangan mengenai inflasi dan risiko pertumbuhan, kata ketua strategi pasaran JP Morgan Asset Management untuk Asia Pasifik, Tai Hui.
Pada Rabu (2 Apr), pakar strategi pertukaran mata wang asing kanan kumpulan perbankan itu Philip Wee menambah dalam nota tersebut bahawa tarif timbal balik ke atas ekonomi sedang pesat membangun di Asia "sangat tinggi".
Ini menyampaikan mesej bahawa Amerika bukan sahaja menyasarkan China secara langsung, "tetapi juga secara tidak langsung menyekat strategi 'China Plus One' yang digunakan oleh banyak syarikat untuk mempelbagaikan rantaian bekalan untuk memintas tarif Amerika".
Bagaimanapun, Encik Wee berkata bahawa Encik Trump juga telah memberi isyarat keterbukaannya kepada rundingan dengan menetapkan apa yang disebutnya sebagai tarif timbal balik "berdiskaun".
Beliau berkata demikian kerana tarif yang diumumkan itu dianggap masih lebih rendah daripada apa yang telah dikenakan ke atas Amerika oleh setiap rakan perdagangan ke atas barangan Amerika, apabila manipulasi mata wang dan halangan perdagangan diambil kira.

Sumber : CNA/AW/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.