jelasBERITA: Subsidi dipertingkat bagi jagaan kesihatan - apa perlu anda tahu?
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih ramai orang di Singapura akan layak bagi subsidi-subsidi jagaan kesihatan awam; dan lebih banyak bantuan kewangan akan ditawarkan dalam sekitaran jagaan masyarakat dan akhir hayat, setelah perubahan-perubahan berkuat kuasa mulai Selasa (1 Okt).
Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan matlamatnya adalah untuk jagaan kesihatan lebih boleh dimampui para pesakit dan memastikan kesinambungan lebih baik dalam sekitaran jagaan akut dan masyarakat.
Apakah khidmat dan produknya?
Premium insurans MediShield Hayat dan CareShield Hayat
Subsidi Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS) bagi rakyat Singapura berpendapatan rendah dan warga tua
Subsidi di hospital-hospital yang dibiayai awam
Subsidi bagi khidmat jagaan akhir hayat
Subsidi bagi khidmat jagaan jangka panjang penduduk dan bukan penduduk
Subsidi bagi dialisis haemodialisis dan peritoneum
Subsidi bagi senarai ubatan standard serta ubatan kos tinggi di bawah Dana Bantuan Ubat-ubatan
Dana Mobiliti dan Pengupayaan Warga Emas, bagi perantu seperti kerusi roda dan alat bantuan pendengaran
Geran Sokongan Penjagaan
Program Bantuan Sementara untuk Orang Lanjut Usia Kurang Upaya
Skim Elderfund bagi orang kurang upaya berpendapatan rendah
Apa sebenarnya perubahan yang dilakukan?
Perubahan itu berkait PCHI bulanan - iaitu pendapatan isi rumah per kapita - yang dikira dengan membahagikan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah dengan jumlah anggota keluarga serumah.
MOH menaikkan had PCHI bagi skim-skim jagaan kesihatan dan geran yang berasaskan pendapatan; di semua peringkat subsidi. Kenaikan itu dalam lingkungan S$100 hingga S$800.
Contohnya, pesakit dengan PCHI S$2,100 layak bagi subsidi 80 peratus bagi wad C dan B2 di hospital-hospital awam. Sebelum ini, PCHI untuk melayakkan diri bagi wad serupa tidak boleh melebihi S$1,800.
Mereka dengan PCHI S$1,500 dan ke bawah layak bagi kad biru CHAS, yang memberikan subsidi paling banyak daripada tiga peringkat. Sebelum ini, hanya mereka dengan PCHI S$1,200 dan ke bawah yang layak bagi kad tersebut.
PCHI yang layak bagi subsidi premium insurans kesihatan MediShield Hayat dan CareShield Hayat juga dinaikkan daripada S$1,200 kepada S$1,500.
Selain itu, MOH menaikkan kadar subsidi berasaskan pendapatan bagi khidmat-khidmat di hospital masyarakat dan jagaan akhir hayat (di kedua-dua hospital dan dalam masyarakat) untuk dipadankan dengan subsidi di hospital-hospital akut.
Bagi jagaan dalam hospital di hospital masyarakat, rakyat Singapura akan menerima subsidi sekurang-kurangnya 50 peratus, naik daripada 30 peratus sebelum ini.
Bermula 1 Disember, MOH juga akan secara bertahap-tahap meluaskan senarai khidmat diagnostik bersubsidi di hospital-hospital masyarakat, untuk disejajarkan dengan yang di hospital-hospital akut. Khidmat-khidmat ini termasuk imbasan CT dan MRI.
Bagi khidmat jagaan akhir hayat, semua rakyat Singapura - tidak kira PCHI bulanan mereka - akan menerima subsidi sekurang-kurangnya 50 peratus. PCHI bulanan yang layak bagi subsidi tertinggi dinaikkan daripada S$800 kepada S$2,100.
Sebelum ini, terdapat subsidi-subsidi sehingga 75 peratus bagi jagaan akhir hayat di hospital dan sehingga 80 peratus bagi jagaan akhir hayat di rumah dan hospis siang hari. Namun ada sebahagian pesakit yang tidak menerima sebarang subsidi.
Siapa yang layak?
Rakyat Singapura dan penduduk tetap layak bagi subsidi dan geran berasaskan pendapatan. Namun had subsidinya berbeza-beza.
Sebagai contoh, rakyat layak menerima subsidi sehingga 80 peratus bagi jagaan sub-akut di hospital dan pemulihan di hospital-hospital masyarakat yang dibiayai pemerintah, serta khidmat jagaan akhir hayat oleh penyedia yang dibiayai pemerintah.
Bagi penduduk tetap, subsidinya sehingga 50 peratus.
Para pesakit tidak perlu melakukan apa-apa, memandangkan penyedia khidmat jagaan kesihatan dan pentadbir skim akan secara automatik memberikan subsidi dan geran kepada mereka yang layak.
Para pemegang kad CHAS sedia ada yang layak bagi kad dengan subsidi lebih tinggi juga secara automatik akan diberikan kad baharu.
Apa kesannya?
Lebih ramai orang - iaitu sehingga 1.1 juga penduduk Singapura, menurut MOH, akan meraih manfaat daripada subsidi yang lebih banyak.
Kenaikan subsidi bagi hospital-hospital masyarakat juga bertujuan menggalak pesakit diberi jagaan tepat - bermakna memberikan jagaan perubatan yang sesuai, yang mana kosnya yang paling rendah.
Dalam ucapannya pada Isnin (30 Sep) Menteri Kesihatan Ong Ye Kung menarik perhatian bahawa sebahagian pesakit mungkin keberatan untuk berpindah ke sekitaran jagaan masyarakat kerana mereka berasa lebih terjamin dengan sokongan kewangan pemerintah di hospital-hospital akut.
Perubahan-perubahan terbaharu ini, sekali dengan kapasiti dipertingkat dalam jagaan masyarakat dan pelaksanaan inisiatif SG Lebih Sihat dan Sihat Menua SG, menunjukkan peralihan besar dalam tumpuan daripada hospital-hospital kepada sekitaran jagaan masyarakat dan di rumah, kata Encik Ong.
Perancangan bagi subsidi lebih tinggi itu sebenarnya diumumkan awal tahun ini, semasa Belanjawan dibentangkan oleh Encik Lawrence Wong yang pada waktu itu merupakan Timbalan Perdana Menteri. Menurut beliau pada waktu itu, pemerintah perlu mengeluarkan belanja tambahan S$300 juta setahun bagi perubahan-perubahan tersebut.
Pakar kesihatan awam, Jeremy Lim berkata secara keseluruhan, perbelanjaan tambahan ini bukanlah "jumlah yang besar" berbanding peruntukan keseluruhan negara bagi jagaan kesihatan. Perbelanjaan MOH yang disemak semula bagi tahun lalu berjumlah hampir S$18 bilion.
"Apa yang penting adalah wang itu membantu mengurangkan kebimbangan rakyat tentang sejauh mana jagaan kesihatan boleh dimampui serta kemudahan untuk mendapatkan sokongan tersebut," kata Profesor Madya Lim.
"Seharusnya, rakyat boleh mengakses khidmat-khidmat ini lebih awal, memperoleh hasil yang lebih baik serta tenang fikiran tentang kemampuan mengakses khidmat jagaan kesihatan."
Lebih penting lagi, ini boleh mempertingkat keberkesanan dan membawa penjimatan kewangn kerana dapat mengelak daripada keterlewatan diagnosis dan komplikasi, tambah beliau.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.