jelasBERITA: Sejauh manakah 36 syarikat pengecasan kenderaan EV dapat terus bertahan di SG?
Anggaran Waktu Membaca:
Tempat mengecas kenderaan elektrik di Singapura. (Gambar fail: iStock/taikrixel)
SINGAPURA: Lima tahun selepas dorongan pemerintah terhadap kenderaan menggunakan 'tenaga lebih bersih' mencetuskan penyertaan ramai pemain baharu, industri pengecasan kenderaan elektrik (EV) di Singapura kini mungkin memasuki fasa baharu: penggabungan dan penyatuan perniagaan.
Meskipun penjualan kenderaan elektrik terus meningkat, pengunduran dua pengendali pengecas terkemuka menimbulkan persoalan sama ada pasaran Singapura mampu menampung 36 pengendali yang kini bersaing untuk terus berniaga di sini.
ChargEco, yang mengendalikan lebih 1,000 tempat pengecasan, telah diambil alih pada Jun oleh SP Mobility, sebuah syarikat pengecasan EV di bawah SP Group. Pada November tahun lalu, TotalEnergies menamatkan operasi pengecasan EV di Singapura, memindahkan lebih 1,400 tempat pengecasan kepada pengendali lain.
EV merangkumi hampir 60 peratus daripada pendaftaran kereta baharu pada suku pertama tahun ini, tetapi hanya membentuk 7.4 peratus daripada keseluruhan jumlah kereta setakat tahun 2025. Para pakar industri berkata jurang ini menunjukkan bahawa permintaan terhadap pengecas masih ketinggalan berbanding cita-cita ramai pengendali - sekurang-kurangnya buat masa ini.
MENGAPA PASARAN JADI SESAK?
Kemasukan beramai-ramai ini bermula selepas Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Heng Swee Keat, mengumumkan dalam Kenyataan Belanjawan 2020 bahawa semua pendaftaran kereta baharu mestilah model menggunakan tenaga lebih bersih menjelang 2030.
Sekurang-kurangnya 14 syarikat pengecasan EV ditubuhkan sejak itu, merangkumi hampir 40 peratus daripada 36 firma aktif yang tersenarai di laman Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) setakat Jun tahun ini.
Pakar ekonomi pengangkutan Walter Theseira berkata kemasukan syarikat baharu memang dijangkakan, memandangkan industri automotif jarang diberi peluang untuk meneroka pasaran baharu. Sebagai contoh, senarai pengedar utama kereta rasmi tidak banyak berubah sejak tahun 1990-an.
"Apabila pelan EV diumumkan, orang ramai mula menyedari bahawa ini adalah salah satu peluang terhad untuk bertapak dalam pasaran ini," kata Prof Madya Theseira dari Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS). "Mereka sedar bahawa inilah masanya - jika anda lalai dan terlepas peluang, ia tidak akan datang bergolek lagi."
Pemerintah menyasarkan 60,000 tempat pengecasan EV menjelang 2030, dan melancarkan geran pada 2021 untuk membiayai bersama pemasangan di premis tertentu. Jumlah tempat pengecasan meningkat daripada kira-kira 2,200 pada awal 2022 kepada 30,500 setakat Mac tahun ini.
Profesor Madya Alberto Salvo dari Jabatan Ekonomi Universiti Nasional Singapura (NUS), yang mengetuai kajian pada 2022 berhubung dorongan warga Singapura membeli EV, berkata industri baharu seperti pengecasan EV cenderung menarik "banyak teknologi dan proses yang bersaing".
"Usahawan dengan 'semangat keberanian' mereka masuk ke pasaran dengan kepercayaan bahawa cara mereka akan berjaya," katanya. "Lama-kelamaan, hanya sebilangan yang dapat terus bertahan manakala yang lain akan dibeli dan keluar dari pasaran."
PEMAIN KECIL MULA TERTEKAN
Sebanyak 36 syarikat berkenaan merangkumi pemain besar dan kecil, penyedia prasarana, firma pengecasan kenderaan berat, serta pengendali pengecasan bas awam.
Encik Elson Toh, pengarah urusan EVOne Charging - salah satu pengendali lebih kecil - berkata banyak pengendali yang memasuki pasaran dari 2022 dan seterusnya kini telah memperlahankan pengembangan, menjual aset, atau berhenti berkembang sepenuhnya.
Hanya segelintir pemain kecil yang kekal aktif, terutamanya berkhidmat untuk kondominium dan tapak perindustrian.
EVOne mengendalikan 25 tempat pengecasan awam, dengan lima lagi dalam perancangan, selain memasang pengecas untuk kenderaan berat komersial dan menjual pengecas kepada pengendali lain untuk diuruskan.
Sesetengah pengendali kecil terus meletakkan harga bidaan yang terlalu tinggi untuk mendapatkan tapak demi memenangi tender, kata Encik Toh. Pengambilalihan ChargEco menunjukkan tekanan yang dirasai dalam seluruh industri tersebut, dan beliau menjangkakan gelombang gabungan yang lebih besar akan menyusul.
"Jika perkembangan ini berlaku, persaingan akan berkurangan dan pengendali tempat pengecasan yang tinggal sepatutnya dapat berprestasi lebih baik," katanya.
KEKANGAN GRID & PULANGAN MODAL YANG LAMBAT
Pengendali besar dan kecil memetik permintaan yang lebih lemah daripada yang dijangkakan, modal permulaan yang tinggi, serta kekangan grid tenaga sebagai cabaran utama untuk memasuki pasaran.
Pengarah Urusan SP Mobility, Dean Cher, berkata pengecasan EV adalah perniagaan berbentuk intensif modal yang memerlukan pelaburan awal yang besar sebelum kadar penggunaan sejajar dengan kadar penggunaan EV.
"Apabila pasaran semakin matang, skala serta kecekapan dan keupayaan operasi menjadi semakin penting dalam menyediakan pengalaman pengecasan yang boleh dipercayai," katanya.
Encik Doong Shiwen, pengurus besar Shell bagi mobiliti dan kemudahan di Singapura, berkata pengendali pengecasan EV mesti berdepan dengan kekangan grid, ketersediaan tapak, serta kerumitan teknikal pemasangan prasarana berkuasa tinggi. Kesemua ini memerlukan perancangan teliti bagi memastikan pengalaman yang selamat dan dipercayai untuk pelanggan.
Ketua Pegawai Pengecasan EVOne, Toh Ann Cher, berkata ketersediaan tenaga adalah "faktor utama" yang mengehadkan taburan pengecas yang lebih luas. Firma milik keluarga itu, yang mempelbagaikan perniagaan ke pengecas kenderaan berat, mendapati pemasangan pengecas di beberapa tapak perindustrian adalah mencabar.
"Banyak tapak pengecasan berpotensi seperti tempat letak kenderaan berat mempunyai bilik suis yang sangat kecil, jadi kami tidak boleh memasang pengecas di sana," katanya. "Syarikat-syarikat sangat mendambakan tapak yang mempunyai bekalan tenaga."
Masa juga merupakan satu lagi cabaran, kata Cik Demi Tung, pakar pembangunan perniagaan mobiliti di Eigen Energy, yang mengendalikan lebih 200 tempat pengecasan.
"Memasang terlalu banyak pengecas sebelum wujudnya permintaan akan menyebabkan kos penyenggaraan dan perisian ke atas aset yang tidak digunakan. Manakala pemasangan yang tidak mencukupi berisiko memberi pengalaman buruk kepada pengguna serta menimbulkan kekecewaan dalam kalangan pemandu," katanya.
Bagi "tapak yang kerap digunakan", katanya lagi, ia biasanya mengambil masa kira-kira empat tahun untuk memulihkan kos. "Bagi tapak yang kurang digunakan, tempohnya sudah tentu lebih lama, yang sekali gus menekankan kepentingan pemasangan yang berdisiplin," tambahnya.
Great Charge, pengendali pengecasan EV milik Allgreen Properties yang mempunyai 55 tempat pengecasan di pusat beli-belah Great World dan 20 lagi di Pasir Ris Mall, berkata mereka mengambil pandangan jangka panjang mengenai pulangan modal.
"Daripada berfokus kepada jadual masa pemulangan modal tertentu, keutamaan kami adalah memberikan nilai kepada pelanggan kami," kata seorang jurucakap.
DILEMA ANTARA KEPERLUAN DAN KEMUDAHAN
Industri ini juga berdepan dilema: pengguna tidak mahu beralih kepada EV tanpa kemudahan pengecasan yang meluas, manakala pengendali berisiko mengalami kerugian jika membina pengecas sebelum timbul permintaan.
Profesor Madya Theseira berkata ini mendesak pengendali untuk menyebarkan pengecas di seluruh Singapura "sama ada terdapat permintaan pasaran atau tidak". Sebagai contoh, pihak berkuasa mengumumkan perancangan awal tahun ini untuk menyediakan sekurang-kurangnya satu hab pengecasan pantas di setiap bandar HDB menjelang 2027.
Berbeza dengan kebanyakan perniagaan yang menilai permintaan sebelum beroperasi di sesuatu lokasi, strategi pengecasan EV Singapura berfungsi secara terbalik, katanya lagi.
"Ini bukanlah satu proses di mana pembina menilai sama ada terdapat permintaan pasaran atau tidak baru membina," katanya. "Rangkaian pengecasan seluruh negara kita sebahagian besarnya berasaskan tindakan menyediakan pengecas di lokasi, dan bukannya menyepadankan pengecas dengan permintaan tempatan."
Profesor Madya Raymond Ong dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar NUS berkata membina kemudahan mendahului pasaran, walaupun kelihatan luar daripada kebiasaan, tetap satu keperluan.
"Prasarana elektrik perlu disediakan terlebih dahulu supaya orang ramai benar-benar menimbangkan EV sebagai satu pilihan," katanya. "Ini kerana prasarana memerlukan masa untuk dibina dan bersedia untuk beroperasi."
GABUNGAN BUKAN PETANDA BURUK
Profesor Madya Salvo berkata jumlah EV yang kecil dalam keseluruhan jumlah kereta tidak sepatutnya dilihat sebagai petanda permintaan yang lemah.
"Kenderaan elektrik dalam kalangan kenderaan penumpang Singapura sedang berkembang pada kadar yang sihat. Oleh itu, penyelarasan industri pada masa ini tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai bukti kemerosotan permintaan atau kegagalan pasaran," katanya. "Kita perlu mengekalkan kemasukan syarikat ke dalam prasarana pengecasan EV kekal menarik demi merangsang penggunaan EV selanjutnya."
Profesor Madya Theseira berkata pemain industri boleh bekerjasama untuk menjadikan rangkaian pengecasan lebih mudah digunakan oleh pengguna, sambil menegaskan bahawa pemilik kereta memerlukan pelbagai aplikasi untuk mencari pengecas di merata negara.
"Anda boleh mempunyai satu aplikasi atau satu mekanisme untuk menggunakan kesemuanya, di mana terdapat juga mekanisme untuk membayar yuran pemindahan, royalti penggunaan dan sebagainya," katanya. "Ini mungkin satu pilihan yang mereka ada selain daripada hanya menjual perniagaan."
Gabungan tidak semestinya satu perkara yang buruk kerana ia boleh membawa kepada penjimatan berskala besar, kata Profesor Madya Salvo.
"Penggabungan aset berupaya membawa kepada peningkatan kecekapan, seperti penyambungan pengecasan dan penyelesaian pembayaran yang lebih diperkemas, atau peningkatan ketersediaan serta penggunaan kapasiti tempat pengecasan, sekali gus memacu lagi permintaan kenderaan elektrik," katanya.
Encik Cher dari SP Mobility berkata pengambilalihan ChargEco telah membolehkan SP Mobility memperluaskan rangkaiannya dengan lokasi pelengkap, memberikan akses yang lebih besar kepada pelanggan.
"Dari perspektif industri, rakan kongsi, pengambilalihan dan kerjasama boleh membantu syarikat mencapai skala yang lebih besar serta meningkatkan kecekapan operasi," katanya.
Ditanya sama ada mereka menjangkakan konsolidasi seterusnya, Great Charge berkata: "Industri ini masih berkembang dan pengendali mengambil pendekatan yang berbeza. Apabila pasaran terus matang, adalah wajar untuk industri ini terus berkembang."

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.