jelasBERITA: Pelaburan dividen strategi popular dalam kalangan pelabur SG, namun masihkah berbaloi?
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock/primeimages)
SINGAPURA: Dividen dan aset yang menjana pendapatan masih menarik minat ramai pelabur di Singapura. Namun, para pakar memberi amaran supaya pelabur jangan terlalu menumpukan banyak pelaburan mereka kepada aset seperti ini.
“Risiko paling besar ialah apabila pelabur tersilap menganggap pendapatan sebagai keselamatan,” kata Encik Chez Anbu, ketua khidmat nasihat kekayaan di OCBC.
“Saham dividen boleh jatuh dengan mendadak, syarikat boleh mengurangkan pembayaran dividen, pengeluar bon boleh gagal membayar hutang, dan dana kadangkala membayar agihan daripada modal, bukan daripada pendapatan pelaburan.”
Pelabur juga boleh menjadi terlalu tertumpu kepada sektor yang menjana pendapatan seperti bank, hartanah dan amanah pelaburan hartanah, atau REIT. Menurut beliau, setiap portfolio memerlukan enjin pendapatan dan juga enjin pertumbuhan.
“Matlamatnya ialah untuk menjana pendapatan yang mencukupi hari ini, sambil memastikan portfolio itu masih boleh menyokong pelabur pada masa hadapan.”
Encik Cheng Chye Hsern, ketua pelaburan di firma khidmat nasihat kekayaan Providend, berkata pelabur yang terlalu fokus kepada dividen mungkin terlepas peluang dalam bidang yang mempunyai pertumbuhan tinggi.
Beliau berkata saham yang membayar dividen lebih tinggi biasanya mempunyai prospek pertumbuhan yang lebih rendah. Sebaliknya, syarikat yang mempunyai pertumbuhan kukuh biasanya melaburkan semula keuntungan mereka ke dalam perniagaan, dan bukan membayarnya sebagai dividen.
Ketika pasaran sekarang memberi tumpuan kepada saham kecerdasan buatan atau AI, jumlah pulangan dalam bidang itu jauh lebih tinggi. Encik Cheng berkata portfolio yang pelbagai boleh membantu pelabur mendapat pulangan daripada pelbagai sektor.
“Walaupun idea mendapat aliran wang tunai daripada portfolio pelaburan anda memang menarik, perlu diingat bahawa dividen tunai dibayar daripada wang tunai dalam kunci kira-kira syarikat. Ini secara langsung akan mengurangkan harga saham syarikat tersebut,” katanya lagi.
Dengan adanya dana indeks dan platform pelaburan tanpa yuran, pelabur runcit kini lebih mudah menukar jumlah pulangan pelaburan kepada aliran tunai tanpa bergantung kepada pembayaran dividen, tambah beliau.
Aset pendapatan seperti REIT dan dana bon juga masih sensitif terhadap perubahan kadar faedah.
“Pelabur yang mahu membina portfolio dividen atau pendapatan perlu bersedia menghadapi naik turun nilai pasaran pelaburan mereka,” katanya.
“SANDARAN BERNILAI"
Sekalipun demikian, masih ada sebab untuk membina portfolio dividen.
“Dalam keadaan pasaran yang tidak menentu, pendapatan tetap boleh menjadi sandaran yang bernilai untuk portfolio runcit yang pelbagai,” kata Encik Ritesh Ganeriwal, ketua pelaburan dan nasihat di platform pelaburan Syfe.
Beliau menyifatkannya sebagai sumber pulangan yang stabil dan nyata, yang tidak bergantung kepada pasaran untuk terus meningkat.
Menurut beliau, asas perniagaan masih kukuh, walaupun ketegangan politik yang berterusan telah memberi tekanan kepada kos pembiayaan dan tenaga. Bank-bank dan REIT di Singapura masih membayar dividen yang baik.
Faktor lokasi juga penting. Aset pendapatan tetap di Amerika Syarikat sedang memberikan hasil yang lebih tinggi berbanding saham, manakala di Singapura, saham “jelas mengatasi” bon pemerintah.
“Aset-aset ini sebenarnya membolehkan pelabur runcit dibayar sementara menunggu keadaan cabaran ekonomi jangka pendek menjadi lebih jelas,” kata Encik Ritesh.
Encik Anbu dari OCBC berkata pendapatan tetap juga boleh membantu pelabur mengelakkan daripada menjual aset semasa pasaran sedang merosot.
Beliau berkata inflasi adalah sebab paling kuat untuk membina portfolio dividen. Wang yang dibiarkan dalam deposit dengan pulangan rendah mungkin selamat, tetapi pelabur memerlukan pulangan yang lebih baik untuk mengimbangi kenaikan kos sara hidup.
“Ini menjadikan tindakan melaburkan sebahagian simpanan dalam aset yang menjana pendapatan sebagai sesuatu yang munasabah,” katanya.
TAHAP KEHIDUPAN, RISIKO
Akhirnya, para pakar berkata pelabur perlu mempertimbangkan beberapa faktor apabila memilih strategi pelaburan. Pelabur muda mungkin lebih cenderung kepada pertumbuhan, manakala mereka yang hampir bersara mungkin lebih mengutamakan pendapatan yang boleh dijangkakan.
Encik Ritesh berkata portfolio dividen sesuai untuk pesara yang memerlukan wang bagi menampung perbelanjaan bulanan. Ia juga sesuai untuk pelabur pasif jangka panjang yang mahu melaburkan semula dividen bagi mengembangkan pelaburan mereka melalui kesan penggandaan.
Namun, Encik Anbu dari OCBC berkata para pesara tidak sepatutnya hanya memegang aset pendapatan. Ini kerana tempoh persaraan boleh berlangsung selama beberapa dekad, dan inflasi boleh mengurangkan kuasa membeli dari semasa ke semasa.
Beliau berkata portfolio masih perlu terus berkembang untuk menyokong perbelanjaan masa hadapan.
Beliau menasihatkan para pelabur supaya menilai dahulu keperluan mereka terhadap aliran tunai. Menyimpan wang tunai atau pelaburan jangka pendek boleh membantu menampung perbelanjaan dalam masa terdekat, manakala bon berkualiti tinggi atau dana bon boleh memberikan pendapatan yang lebih boleh dijangka.
Selepas itu, saham dividen, REIT atau dana ekuiti-pendapatan boleh menambah unsur pertumbuhan dalam portfolio.
“Gabungan itu perlu mencerminkan tempoh masa pelaburan seseorang dan kemampuannya menanggung kerugian,” katanya. “Seseorang yang memerlukan kestabilan harus mengambil risiko ekuiti dan kredit yang lebih rendah. Seseorang yang mempunyai tempoh pelaburan lebih panjang pula boleh memegang lebih banyak aset pendapatan yang berorientasikan pertumbuhan.”

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.