jelasBERITA: Mungkinkah Low Thia Khiang tolak beri keterangan dalam perbicaraan Pritam Singh?
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mantan ketua Parti Pekerja (WP) dan ahli politik pembangkang mapan Low Thia Kiang menjadi tajuk berita selepas beliau menjadi saksi pendakwaan bagi perbicaraan kes penggantinya, Pritam Singh.
Sebelum dan selepas gilirannya yang singkat sebagai saksi minggu lalu, warganet mula berbincang di ruang online tentang mengapa beliau mungkin dipilih untuk memberi keterangan terhadap Encik Pritam, dan sama ada beliau mungkin menolak untuk menjadi saksi bagi pendakwaan itu.
Mediacorp bertemu dengan beberapa peguam yang pernah menjalani perbicaraan untuk menjelaskan perkara ini dan pertanyaan lain tentang proses menjadi saksi dalam perbicaraan jenayah.
Bagaimana saksi dikenal pasti?
Proses itu bermula di peringkat siasatan, kata Encik Anil Balchandani daripada Red Lion Circle Advocates and Solicitors.
"Dalam urusan jenayah, polis biasanya akan menjalankan siasatan dan mengenal pasti saksi," kata Encik Balchandani, yang dikenali kerana berjaya membebaskan Cik Parti Liyani dari sebarang tuduhan.
Cik Parti Liyani adalah bekas pembantu rumah mantan pengerusi Changi Airport Group (CAG) Liew Mun Leong.
Pihak pendakwa mahupun pembela tidak boleh "chope" atau "tempah" saksi daripada pihak lain, tambahnya.
Polis mempunyai bidang kuasa untuk mengarahkan saksi hadir di mahkamah di bawah Seksyen 21 Kod Prosedur Jenayah. Sekiranya saksi tidak hadir, waran boleh dikeluarkan oleh seorang majistret.
"Apabila disoal siasat oleh polis, seorang saksi itu harus berkata apa yang diketahui tentang fakta dan keadaan kes itu," kata Encik Balchandani.
Bagaimanapun, saksi itu mempunyai hak untuk berdiam diri sekiranya apa yang dikatakan akan mendedahkannya kepada tuduhan jenayah, misalnya.
Sesiapa yang disoal siasat polis sebagai sebahagian daripada siasatannya mungkin boleh dipanggil sebagai saksi, kata Encik Mark Yeo, pengarah Fortress Law dan mantan timbalan pendakwa raya.
"Semasa membuat persiapan bagi perbicaraan, pihak pendakwa akan mempertimbangkan apa fakta yang perlu dibuktikan bagi kes mereka tanpa sebarang keraguan munasabah.
"Mereka kemudian akan mempertimbangkan apa jenis bukti (sama ada menerusi dokumen atau dari keterangan lisan) mereka perlukan untuk buktikan fakta tersebut. Selepas itu, mereka akan memutuskan saksi mana yang perlu dipanggil," jelasnya.
Di bawah arahan pihak pendakwa, pejabat siasatan akan membuat permohonan di mahkamah, bagi arahan untuk hadir di mahakmah, yang kemudian diberi kepada saksi oleh pegawai siasatan, kata Encik Yeo.
"Saksi itu kemudian akan berada di bawah arahan untuk hadir di mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan dalam arahan itu."
Bolehkah seseorang itu menolak untuk dipanggil sebagai saksi?
Secara teknikal, ya boleh, kata Cik Harjeet Kaur dari Withers KhattarWong.
Namun sekiranya saksi itu menolak, pihak pendakwa atau pembela boleh mengeluarkan Arahan Kepada seorang Saksi.
Sebaik sahaja ia dibuat, dia akan melanggar arahan itu, yang juga perintah mahkamah, sekiranya dia gagal hadir di mahkamah, kata Encik Yeo.
Mahkamah juga mungkin mengeluarkan waran tangkap dan saksi boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.
Peguam veteran Ramesh Tiwary berkata "tiada sesiapa yang mempunyai pilihan" dari segi menjadi saksi, sama ada bagi pihak pendakwa mahupun pembela.
"Sebaik sahaja anda diarahkan untuk hadir, anda harus hadir."
Ditanya sama ada sebelum ini ada sesiapa yang pernah melarikan diri, beliau berkata: "Pernah sekurang-kurangnya sekali, ada saksi yang, semasa pemeriksaan balas sedang dijalankan, pulang ke tanah airnya."
Tidak ada apa yang boleh dilakukan pada waktu itu kerana individu itu berada di luar bidang kuasa pihak berkuasa Singapura.
Bagaimana pihak pendakwa dan pembela memilih saksi?
Semasa membuat persiapan bagi perbicaraan, pihak pendakwa akan mengatur strategi dan mengenal pasti saksi bagi kes mereka, mencari jadual sesuai dan meminta tarikh mahkamah, kata Encik Balchandani.
"Semasa membuat persiapan untuk dipanggil pihak pembela, saksi akan dimaklumkan oleh peguam (bela)," katanya.
Sekiranya kedua-dua pihak pembela dan pendakwa mahukan saksi yang sama, pihak pendakwa "dapat memilih dahulu". Namun ia tidak akan bawa banyak perbezaan, kata Encik Tiwary.
Semasa soal balas, sama ada pihak pendakwa mahupun pembela, soalan 'ya ataupun tidak' boleh ditanya - seperti "Adakah perkara ini berlaku, ya atau tidak?'
"Jadi pemeriksaan balas boleh meraih lebih banyak lagi," kata Encik Tiwary.
Beliau berkata pihak pendakwa mungkin boleh berfikir tentang saksi mana yang boleh dipanggil pihak pembela, kerana ini bermakna pihak pendakwa boleh menyoal balas saksi tersebut.
Adakah saksi pihak pendakwa sentiasa beri keterangan "terhadap" si tertuduh?
Meskipun dilabel sebagai "saksi pendakwa" mungkin memberi gambaran bahawa saksi itu "memihak" pihak pendakwa, biasanya ia bukan seperti itu, kata Encik Yeo dari Fortress Law.
"Pihak pendakwa mungkin kadangkala terdorong untuk memanggil saksi yang 'tidak memihak' dengan pihak pendakwa kerana mereka mahukan saksi untuk memberikan fakta tertentu. Contoh bagi saksi sedemikian termasuk individu yang turut tertuduh yang sudahpun mengaku bersalah," kata beliau.
Dengan pengecualian saksi pakar, peranan seorang saksi itu adalah untuk menyediakan fakta dan bukan pendapat. Oleh itu, sama ada dia bertindak sebagai saksi pendakwa mahupun pembela, fakta yang diberikan haruslah sesuatu yang tidak berpihak, kata Encik Yeo.
"Saksi diperlukan bagi kedua-dua pihak sekalipun untuk 'cakap benar', tidak kira siapa yang mereka 'sokong' semasa perbicaraan tersebut."
Saksi yang tidak bercakap benar berdepan akibat yang teruk, kata Encik Balchandani, sambil merujuk kepada kes Karl Liew, yang dihukum penjara kerana berbohong kepada hakim dalam perbicaraan kes Parti Liyani.
"Ada berlaku masa-masa apabila pasangan dilindungi daripada mendedahkan komunikasi yang dibuat dalam rumah tangga mereka, tetapi ada hadnya," kata peguam itu.
Bolehkah peguam bela bercakap dengan saksi pendakwa, dan sebaliknya?
Pada mana-mana peringkat prosiding, peguam bagi pihak pendakwa dan pembela boleh menemu bual mana-mana saksi atau calon saksi, kata Cik Kaur.
Tiada had diberi terhadap peguam bela yang berbual dengan saksi pendakwa, bagi sebab-sebab seperti untuk memhami apa bukti yang saksi bakal bentangkan semasa perbicaraan, kata Encik Paul Loy, rakan kongsi di WongPartnership.
Meskipun kedua-dua pihak biasanya diperlukan untuk mendedahkan senarai saksinya, mereka juga "tidak dihalang daripada memanggil saksi tambahan bagi menyokong kes mereka, atau dengan cara mengambil saksi untuk menyanggah, dengan izin mahkamah."
Adakah saksi terima masa cuti untuk beri keterangan?
Kedua-dua saksi untuk memberi fakta serta pakar boleh menerima elaun bagi perkara seperti perjalanan, hidangan dan pengangkutan udara untuk memberi keterangan di bawah Peraturan Kod Prosedur Jenayah (Elaun Saksi) 2010, kata Encik Balchandani.
Namun keizinan harus diminta sebelum saksi itu dipanggil.
Cik Kaur berkata jika seorang saksi itu telah memohon bagi cuti tahunan atau sekiranya gaji mereka dipotong kerana hadir di mahkamah sebagai saksi, mereka boleh dibenarkan menuntut elaun.
Merujuk Seksyen 5 Peraturan Kod Prosedur Jenayah (Elaun Saksi) 2010, Cik Kaur berkata ini adalah elaun yang satu perlima daripada pendapatan bulanan saksi itu bagi setiap setengah hari dia hadir di mahkamah, tertakluk kepada minimum S$25 dan maksimum S$350.
"Secara berasingan, di bawah Seksyen 8 peraturan yang sama, anda boleh diberikan elaun pengangkutan yang dihadkan kepada S420 sehari," kata beliau.
Seorang saksi yang hadir di mahkamah bagi maksimum tiga jam dalam sehari, tidak termasuk waktu makan tengah hari, dikirakan sebagai sudah hadir setengah hari di mahkamah, kata Cik Kaur.
Dokumen sokongan mesti disediakan bagi menyokong tuntutan saksi untuk mendapat elaun.
Encik Yeo berkata majikan "amat digalakkan untuk memberi kakitangan mereka masa cuti untuk hadir di mahkamah" memandangkan saksi biasanya di bawah perintah mahkamah untuk berbuat demikian.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.